awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri MICE raih anggaran impak ekonomi RM1 bilion pada 2025
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Orang ramai boleh daftar sebagai senarai menunggu bermula esok

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2021
12:44 MYT
Vaksin COVID-19: Orang ramai boleh daftar sebagai senarai menunggu bermula esok
Menurut Anas, ia terbuka kepada penerima dos penggalak yang layak atau belum menerima vaksin juga mereka yang terlepas dos kedua. - Twitter @aafaizli
KUALA LUMPUR: Individu yang ingin mendaftar sebagai senarai menunggu di fasiliti kesihatan swasta boleh menghubungi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang disenaraikan di laman web ProtectHealth Corporation bermula Isnin ini.
Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata, pendaftaran itu terbuka kepada penerima dos penggalak yang layak, termasuk mereka yang belum terima suntikan vaksin.
“Ia terbuka kepada penerima dos penggalak yang layak atau belum menerima vaksin juga mereka yang terlepas dos kedua.
“Buat masa ini hanya vaksin jenis keluaran Pfizer yang ditawarkan,” ujarnya dalam satu kenyataan di Twitter pada Ahad.
Mulai 22 Nov, mrk yg ingin mendaftar sbg backup list di fasiliti kesihatan swasta boleh hubungi PPV yg di senaraikan di https://t.co/5SFUyOsqg2: Ini terbuka kpd penerima dos penggalak yg layak / belum menerima vaksin / terlepas dos kedua. Buat masa ini hanya Pfizer yg ditawarkan. https://t.co/tn7CGZqgGQ
— Anas Alam Faizli (@aafaizli) November 21, 2021
Sebelum ini, beliau memaklumkan, selain secara walk-in, pendaftaran nama sebagai senarai menunggu di PPB juga boleh dilakukan melalui telefon dan/atau emel mengikut senarai PPV yang tersedia.
“Individu yang layak disaran untuk mendaftar nama sebagai senarai menunggu hanya di satu PPV fasiliti kesihatan swasta sahaja, bagi mengelakkan kekeliruan.
“Mereka yang telah berjaya mendaftar akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu terlebih dahulu dan akan dihubungi oleh pengamal perubatan swasta terbabit sekiranya ada pembatalan janji temu atau no show oleh mereka yang telah menerima janji temu vaksin dalam MySejahtera.
“Mereka yang telah menerima janji temu MySejahtera; dapatkan vaksin mengikut janji temu seperti yang ditetapkan. Jangan mendaftar nama dalam mana-mana senarai menunggu,” jelas Protecthealth dalam satu kenyataan.
Topic Berkaitan
#MySejahtera
#COVID-19
#Pusat Pemberian Vaksin
#suntikan
#ProtectHealth Corporation
#Dr Anas Alam Faizli
#Pfizer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan