awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19 tidak bertentangan dengan Islam - Ketua Dewan Ulama Pas

Bernama
Bernama
17/02/2021
08:37 MYT
Vaksin COVID-19 tidak bertentangan dengan Islam - Ketua Dewan Ulama Pas
Keperluan bagi umat Islam menerima vaksin tersebut juga berdasarkan beberapa prinsip asas ajaran Islam iaitu menjaga keharmonian Islam, kesihatan, harta benda, nyawa dan sektor ekonomi. - Gambar fail/ Reuters
KOTA BHARU:Dewan Ulama PAS menasihati umat Islam agar menerima vaksin COVID-19 yang bakal diagih kepada rakyat bermula akhir bulan ini tanpa rasa ragu berikutan jaminan telah diberikan bahan itu tidak mempunyai unsur bercanggah dengan Islam.
Ketuanya Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata keperluan bagi umat Islam menerima vaksin tersebut juga berdasarkan beberapa prinsip asas ajaran Islam iaitu menjaga keharmonian Islam, kesihatan, harta benda, nyawa dan sektor ekonomi.
"Ia (ancaman COVID-19) menghalang umat Islam daripada menunaikan solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid dan memutuskan silaturahim apabila tidak boleh berhubung dan menziarahi sanak saudara serta sahabat handai yang mengalami musibah.
"Wabak yang sedang mengancam negara sekarang boleh meruntuhkan prinsip-prinsip asas berkenaan sekiranya tidak dibendung dengan segera," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Info On Wheels Kempen Pematuhan SOP COVID-19, di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah Penerangan Kelantan Azahar Ismail berkata pihaknya akan menaikkan kira-kira 400 kain rentang mengenai proklamasi darurat di tepi-tepi jalan dan di tempat awam di seluruh negeri dalam masa terdekat.
Darurat yang dilaksanakan ini adalah demi keselamatan rakyat yang terjejas oleh ancaman COVID-19, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#COVID-19
#Islam
#agama
#tidak bertentangan
#Dewan Ulama PAS
#Dr Nik Muhammad
#MyVaksinCOVID19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan