HANOI: Vietnam memulakan kempen vaksinasi COVID-19 dengan sasaran memberi suntikan kepada sekurang-kurangnya separuh populasinya menjelang akhir tahun ini.

Mengutamakan barisan hadapan, kesemua petugas kesihatan, anggota keselamatan, tentera mula menerima suntikan dos pertama pada Isnin.

Fasa terawal itu diikuti dengan barisan diplomat, pekerja sektor penting seperti guru, warga emas, serta individu berpenyakit kronik.

Lebih 100,000 dos pertama yang diperolehi daripada 30 juta dos vaksin keluaran AstraZeneca itu tiba di Vietnam sejak dua minggu lalu.

Negara itu pada masa sama berharap dapat memperoleh 30 juta lagi dos vaksin COVID-19 daripada pengeluar sama.

Setakat ini, Vietnam yang merekodkan 2,051 kes turut berunding dengan syarikat Pfizer-BioNTech bagi mendapatkan 30 juta dos lagi vaksin.