awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: 24.04 juta populasi Malaysia lengkap divaksin

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
27/10/2021
02:45 MYT
Vaksin COVID-19: 24.04 juta populasi Malaysia lengkap divaksin
Selain itu, seramai 1.85 juta atau 58.8 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin. - Foto fail
KUALA LUMPUR : Seramai 24.04 juta individu atau 73.6 peratus daripada populasi keseluruhan Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi (26 Okt).
Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, 77.8 peratus atau 25.41 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi dewasa, seramai 22.19 juta individu atau 94.8 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat ini.
Pada masa sama, 97.5 peratus atau 22.83 juta populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi diberikan dos kepada golongan dewasa iaitu 114.9 peratus diikuti Labuan (101.4 peratus), Negeri Sembilan (101 peratus), Pulau Pinang (98.4 peratus), Perlis (97 peratus), Johor (96.1 peratus), Melaka (91.7 peratus), Terengganu (91 peratus) dan Sarawak (90.9 peratus).
Ini diikuti Kedah (86 peratus), Perak (85.6 peratus) dan Pahang (84.5 peratus).
Paling rendah adalah Sabah (72.5 peratus) dan Kelantan (78 peratus).
Selain itu, seramai 1.85 juta atau 58.8 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Terdapat pertambahan 181,160 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 49.43 juta dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#KKM
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan