awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: 66.7 peratus populasi dewasa lengkap dua dos - JKJAV

Bernama
Bernama
04/09/2021
01:12 MYT
Vaksin COVID-19: 66.7 peratus populasi dewasa lengkap dua dos - JKJAV
Vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 321,349 dos diberikan, iaitu 177,518 merupakan dos kedua dan baki 143,831 adalah dos pertama. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 47.8 peratus atau seramai 15,606,818 daripada keseluruhan populasi di Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
JKJAV menerusi perkongsian infografik dalam laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan setakat semalam juga, seramai 20,261,734 individu atau 62 peratus sudah menerima dos pertama, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 35,841,103 dos.
Berdasarkan perkongsian maklumat itu juga, peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos meningkat kepada 66.7 peratus setakat semalam berbanding 65.9 peratus, pada Khamis.
Peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia setakat 3 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/ogW1mhpRJo
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 4, 2021
Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 321,349 dos diberikan, iaitu 177,518 merupakan dos kedua dan baki 143,831 adalah dos pertama.
Laporan harian pemberian vaksin mengikut negeri pada 3 September #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/s7n21DOfA1
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 4, 2021
Laporan kumulatif vaksinasi mengikut negeri setakat 3 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/lDPVjaN0oZ
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 4, 2021
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bertujuan melaksanakan program vaksinasi bagi membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#golongan dewasa
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan