MALAYSIA
Vaksin COVID-19: 85.7% populasi dewasa lengkap dua dos

Afiq Nurhakim Azmi menerima suntikan vaksin di Sekolah Menengah Kebangsaan Izzudin Shah. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 20,053,472 individu atau 85.7 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.
Berdasarkan portal COVIDNOW hari ini, kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 94.1 peratus atau 22,017,043 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi keseluruhan, seramai 20,093,678 individu atau 61.5 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Manakala, 71.5 peratus atau 23,369,913 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.Selain itu, seramai 40,206 atau 1.3 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Terdapat pertambahan 338,661 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 43,367,580 dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami