awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: 97.1% populasi dewasa lengkap dua dos suntikan

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2021
23:52 MYT
Vaksin COVID-19: 97.1% populasi dewasa lengkap dua dos suntikan
Hanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 22.729 juta individu atau 97.1 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, 98.5 peratus atau 23.05 juta daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Dalam pada itu, seramai 25.45 juta individu atau 77.9 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Manakala, 79.2 peratus atau 25.88 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2.72 juta individu atau 86.6 peratus telah melengkapkan dua dos.
Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.
Terdapat pertambahan 97,725 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 54.19 juta dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#vaksin
#suntikan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan