awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Hampir 950,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan

Bernama
Bernama
10/05/2022
03:30 MYT
Vaksin COVID-19: Hampir 950,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,560,474 atau 43.9 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 945,787 atau 26.6 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan laman web COVIDNOW, seramai 1,560,474 atau 43.9 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,898,581 atau 93.2 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,996,030 atau 96.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sejumlah 16,045,993 individu dewasa atau 68.2 telah menerima dos penggalak, manakala 22,968,441 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin dan 23,244,381 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 27,286 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 8,290 dos pertama, 16,207 dos kedua dan 2,789 dos penggalak, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini 70,446,288.
Sementara itu menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, satu kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam, di Kedah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Kanak-kanak
#PICKids
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan