awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Kerajaan tandatangan perjanjian dengan AstraZeneca

Astro Awani
Astro Awani
22/12/2020
02:20 MYT
Vaksin COVID-19: Kerajaan tandatangan perjanjian dengan AstraZeneca
Muhyiddin berkata, kerajaan juga sedang dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi mendapatkan jaminan bekalan vaksin bertambah melebihi 80 peratus jumlah populasi negara.
KUALA LUMPUR:Kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca bagi memperolehi sebanyak 6.4 juta dos vaksin COVID-19.
Ia merupakan perjanjian ketiga selepas kerajaan memeterai perjanjian dengan COVAX bagi pembelian 10 peratus vaksin dan syarikat Pfizer bagi 20 peratus pembelian sama, akhir bulan lepas.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, 6.4 juta dos vaksin COVID-19 tersebut bakal memenuhi keperluan imunisasi 10 peratus lagi rakyat Malaysia.
"Ini bermakna jaminan bekalan vaksin sebanyak 40 peratus telah pun diperolehi menerusi perjanjian bersama fasiliti COVAX, syarikat Pfizer dan syarikat AstraZeneca.
"Kerajaan juga sedang dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi mendapatkan jaminan bekalan vaksin bertambah melebihi 80 peratus jumlah populasi negara atau 26.5 juta," katanya.
Menurutnya dalam satu perutusan khas secara maya hari ini, melalui kesemua rundingan dan perjanjian yang telah dan akan dimeterai buat masa ini, kerajaan akan membelanjakan AS$504.4 juta (RM2.05 bilion).
"Jumlah 80 peratus ini adalah melebihi sasaran awal kita, iaitu untuk memberikan vaksin kepada 70 peratus rakyat Malaysia," katanya.
Muhyiddin berkata, perjanjian dengan Sinovac, CanSino serta Gamaleya itu juga akan memberi nilai tambah kepada sektor sains dan teknologi tempatan yang bakal memberi pulangan kepada rakyat dan pembangunan negara. "Ia termasuk melakukan proses pembotolan vaksin di dalam negara, penyelidikan dan pembangunan, serta perkongsian pengetahuan dan pemindahan teknologi."
BACA: Kerajaan meterai perjanjian pembelian vaksin COVID-19 dengan AstraZeneca Isnin ini
BACA: Vaksin COVID-19: Laporan penilaian berkala perlu ada dalam perjanjian - Pakar
BACA: COVID-19: Kumpulan pertama bekalan vaksin diperoleh Februari - Azmin
BACA: COVID-19: PM umum jadi antara individu pertama terima suntikan vaksin
Dalam pada itu katanya, kerajaan akan terus mengadakan rundingan dengan syarikat-syarikat farmaseutikal yang lain bagi memastikan Malaysia mempunyai jaminan akses bekalan vaksin percuma yang mencukupi.
Ujarnya, vaksin yang diperolehi ini akan dipastikan selamat dan berkesan.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#COVID-19
#vaksin
#COVAX
#AstraZeneca
#perjanjian
#rundingan
#populasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan