awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Negara catat jumlah suntikan harian tertinggi pada Isnin - JKJAV

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
15/06/2021
02:42 MYT
Vaksin COVID-19: Negara catat jumlah suntikan harian tertinggi pada Isnin - JKJAV
Sebanyak 197,963 dos diberikan sekali gus melepasi sasaran kerajaan pada kadar 150,000 dos sehari. -BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 negara mencatat angka tertinggi pada Isnin.
Sebanyak 197,963 dos diberikan sekali gus melepasi sasaran kerajaan pada kadar 150,000 dos sehari.
Jumlah pemberian itu membabitkan 142,890 dos pertama manakala 55,073 untuk dos kedua.
Jumlah pemberian vaksin pada 14 Jun Daftar untuk vaksinasi: https://t.co/m1joWOSGde#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/cCHdSGav1A
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) June 15, 2021
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), pencapaian itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini ialah 4.688 juta dos.
Menerusi infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasmi JKJAV, jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama 3.275 juta manakala dos kedua 1.413 juta.
Negeri yang mencatat penerima vaksin tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan lebih 570,000 dos, diikuti Selangor dengan lebih 480,000 dos.
Negeri lain yang mencatat jumlah tinggi termasuk Sarawak dengan 350,000 dos serta Johor dengan lebih 300,000 dos.
Jumlah pemberian kumulatif vaksin setakat 14 Jun Daftar untuk vaksinasi: https://t.co/m1joWOSGde#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/xkMoPJ3YoJ
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) June 15, 2021
Dalam pada itu, jumlah pendaftaran vaksin COVID-19 juga meningkat hari demi hari, kini dengan lebih 13.81 juta.
Ia mewakili 59 peratus populasi sasaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Pecahan jumlah pendaftaran terkini mengikut negeri pada pukul 11.59pm semalam. Daftar untuk vaksinasi sekarang: https://t.co/m1joWOSGde #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/mZTbABIxRG
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) June 15, 2021
Topic Berkaitan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#vaksin
#COVID-19
#suntikan
#PICK
#JKJAV
#dos pertama
#dos kedua
#suntikan harian
#sasaran kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan