awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Suntikan harian 263,012, kedua tertinggi pernah direkodkan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
02/07/2021
01:42 MYT
Vaksin COVID-19: Suntikan harian 263,012, kedua tertinggi pernah direkodkan
Sebanyak lebih 8.34 juta dos vaksin diberikan sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula 24 Februari lalu. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 kembali meningkat kepada 263,012 dos, pada 1 Julai.
Angka itu merupakan suntikan harian kedua tertinggi pernah dicatatkan selepas 268,604 dos pada 24 Jun lalu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sebanyak lebih 8.34 juta dos vaksin diberikan sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula 24 Februari lalu.
Beliau memaklumkan, sebanyak lebih 5.95 juta dos atau 18.2 peratus bagi suntikan pertama manakala 2.39 juta dos atau 7.3 peratus untuk suntikan kedua telah diberikan.
Ini menghampiri nilai ambang 10 peratus untuk peralihan ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara.
Dr Adham turut memaklumkan, kapasiti vaksinasi harian juga kembali melepasi 250,000 dos selama dua hari berturut-turut.
Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 1 Julai 2021 ialah 8,346,697 dos. 263,012 dos pada 1 Julai. Jumlah yang terima dos pertama ialah 5,952,815 orang. Daripada jumlah itu, 2,393,882 orang juga terima dos kedua. Daftar di MySejahtera https://t.co/jWUzMEwwWM Tel 1800888828 pic.twitter.com/M7ZIywqfGc
— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) July 2, 2021
Dalam pada itu, data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dikongsikan Dr Adham, menunjukkan penduduk Kuala Lumpur kekal mencatat kadar penerima dos pertama yang tertinggi dengan 1.05 juta individu atau 59.5 peratus daripada populasinya.
Ia disusuli Sarawak (1.11 juta/39.6 peratus), Putrajaya (40,408/36.7 peratus), Labuan (34,881/35 peratus), Perlis (67,768/26.6 peratus), Pulau Pinang (305,465/17.2 peratus) dan Negeri Sembilan (190,382/16.9 peratus).
Penduduk Putrajaya pula mencatat kadar penerima dos kedua yang tertinggi membabitkan 27,950 individu atau 25.4 peratus daripada keseluruhan populasinya.
Ia disusuli Labuan (16,362/16.4 peratus), Perlis (41,609/16.3 peratus), Kuala Lumpur (209,165/11.8 peratus), Sarawak (252,496/9 peratus), Perak (214,267/8.5 peratus), Negeri Sembilan (98,230/8.7 peratus) dan Kedah (184,457/8.4 peratus).
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#suntikan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#PICK
#Dr Adham Baba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan