awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Suntikan harian tertinggi 521,923 dos semalam

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
27/07/2021
03:02 MYT
Vaksin COVID-19: Suntikan harian tertinggi 521,923 dos semalam
Secara kumulatifnya, jumlah keseluruhan suntikan vaksin yang diberikan setakat ini ialah sebanyak 17.83 juta. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencatatkan kadar tertinggi pada Isnin apabila sejumlah 521,923 dos diberikan.
Daripada jumlah itu, 333,621 adalah dos pertama sementara selebihnya dos kedua, menurut data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) COVID-19.
Jumlah suntikan tertinggi direkodkan di Lembah Klang, iaitu sebanyak 215,834, merangkumi dos pertama dan dos kedua, diberikan melalui 'Operasi Lonjakan Kapasiti'.
Secara kumulatifnya, jumlah keseluruhan suntikan vaksin yang diberikan setakat ini ialah sebanyak 17.83 juta - dos pertama meliputi 37.1 peratus populasi negara sementara dos kedua 17.5 peratus.
Pada masa sama, 51.8 peratus populasi dewasa negara telah menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 24.4 peratus dua dos.
Jumlah pemberian vaksin pada 26 Julai #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/9uXLwEUrfn
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) July 27, 2021
Topic Berkaitan
#bekalan vaksin
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#dos kedua
#dos pertama
#PICK
#vaksin
#suntikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan