awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin dos tunggal CanSino sesuai digunakan di pedalaman Sarawak - Uggah

Bernama
Bernama
15/06/2021
21:08 MYT
Vaksin dos tunggal CanSino sesuai digunakan di pedalaman Sarawak - Uggah
CanSino yang merupakan vaksin dos tunggal, akan membolehkan pasukan perubatan melaksanakan vaksinasi hanya sekali di setiap lokasi. - Foto fail
KUCHING: Kelulusan bersyarat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi pembekalan vaksin jenis CanSino dalam memerangi pandemik COVID-19 amat sesuai dengan pelan imunisasi untuk penduduk di pedalaman Sarawak.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata CanSino, yang merupakan vaksin dos tunggal, akan membolehkan pasukan perubatan melaksanakan vaksinasi hanya sekali di setiap lokasi selain mengurangkan perbelanjaan, masa perjalanan dan kesulitan atau risiko yang terlibat.
"Di Sarawak, kita mempunyai penduduk yang tinggal secara berselerak di kawasan yang luas di pedalaman di mana pengangkutan bukan sahaja menjadi masalah tetapi (kosnya) juga mahal," menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu berkata keputusan tersebut yang diumumkan semalam oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham Abdullah juga akan mempercepat sasaran Sarawak untuk menyempurnakan program vaksinasi menjelang Ogos tahun ini.
"JPBN telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan pusat untuk pengagihan vaksin yang bersesuaian ke negeri ini sebaik sahaja bekalan tersedia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CanSino
#Bahagian Regulatori Farmasi Negara
#NPRA
#dos tunggal
#Sarawak
#Douglas Uggah Embas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan