awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 200 terbunuh dalam serangan bermotif etnik di Darfur, Sudan
Retorik perkauman, antipendatang dorong doktor asing tinggalkan UK
Wanita didakwa selepas 15 kg methamphetamine dirampas di Lapangan Terbang Sydney
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin guru secepat mungkin, sebaiknya sebelum sekolah dibuka

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2021
10:39 MYT
Vaksin guru secepat mungkin, sebaiknya sebelum sekolah dibuka
Syazmir Hariz berpendapat, laluan khas perlu disediakan supaya guru menerima giliran vaksin lebih awal selepas petugas barisan hadapan, warga emas dan orang kurang upaya. - Gambar hiasan BERNAMA
KUALA LUMPUR: Guru perlu divaksinasi secepat mungkin, sebaiknya sebelum sekolah dibuka pada Julai ini bagi mencapai 100 peratus vaksinasi dalam kalangan mereka.
Cadangan itu disuarakan Ketua Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Gombak, Syazmir Hariz Noorazalan yang berpendapat, laluan khas perlu disediakan supaya golongan pendidik menerima giliran vaksin lebih awal.
Menurut beliau, giliran itu perlu diperuntukan kepada guru-guru selepas petugas barisan hadapan, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
“Langkah ini seiring dengan kenyataan kerajaan yang menganggap guru juga adalah petugas barisan hadapan.
“Kerajaan juga boleh menjadikan sekolah-sekolah tertentu atau pusat kegiatan guru peringkat daerah sebagai tempat guru-guru menerima vaksin.
“Usaha untuk memudahkan urusan vaksinasi guru-guru perlu dijelmakan secepat mungkin bagi memastikan semua guru menerima vaksin 100 peratus di Malaysia” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Syazmir berkata, beliau menerima banyak keluhan daripada guru memaklumkan mereka belum menerima vaksin walaupun telah mendaftar sejak Februari lalu.
“Usaha ini (mempercepatkan giliran vaksinasi) perlu disegerakan sebelum kerajaan beralih kepada usaha untuk memberi vaksin kepada murid khususnya calon SPM 2021.
“Selesaikan dahulu hutang yang tertangguh sebelum menjalankan langkah baharu,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Parti Amanah Negara
#Amanah
#segera
#secepat mungkin
#sekolah
#buka sekolah
#SPM
#OKU
#guru
#warga emas
#vaksin
#petugas barisan hadapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan