PUTRAJAYA: Proses pemberian vaksin COVID-19 kepada pihak media yang dimulakan di sini hari ini, akan diperluas ke seluruh negara bagi memastikan lebih 4,000 warga media yang disenaraikan mendapat vaksin, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
"Saya berterima kasih kepada YB Khairy Jamaluddin (Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) dan Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan) yang memberikan fokus kepada warga media.
"Pada masa sama, warga media yang sudah dapat (janji temu) vaksin dalam MySejahtera, kalau dapat terus pergi.
"Jangan tunggu (vaksinasi) kumpulan media," katanya selepas meninjau 98 warga media yang menjadi kumpulan pertama petugas media menerima dos pertama vaksin COVID-19 di Dewan Seri Seroja, di sini hari ini.
Ditanya mengenai kenyataan Kesatuan Wartawan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUJ) yang menggesa warga media yang belum menerima vaksin supaya tidak ke lapangan untuk membuat liputan, Saifuddin berkata beliau sudah menerima surat daripada NUJ dan akan menelitinya.
BACA: Pengamal media belum divaksin disaran tidak buat liputan di lapangan - NUJM
"Saya akan bawa perkara ini untuk dibincangkan dengan Yang Berhormat Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Adham Baba. Saya faham keperluan itu," katanya.
Saifuddin berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sememangnya meminta warga media didahulukan kerana mereka merupakan petugas yang turun padang sama seperti petugas barisan hadapan lain.
"Namun saya faham Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 ada perkiraan mereka," katanya.
Sementara itu, mengenai laporan polis berhubung program All Together Now Malaysia yang ditayangkan stesen penyiaran Astro baru-baru ini, beliau berkata KKMM telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyiasat perkara tersebut.
Saifuddin berkata beliau difahamkan rakaman dibuat sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 fasa satu dan kebenaran untuk membuat rakaman ada dikeluarkan oleh Finas.
Jadi, dari segi masa, rakaman dibenarkan, kelulusan juga ada, katanya.
"Cuma MCMC akan siasat sekiranya ada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam proses membuat rakaman. Astro telah tangguh tayangan program itu dan saya anggap itu langkah yang baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 09 2021
Saifuddin berkata KKMM sememangnya meminta warga media didahulukan kerana mereka merupakan petugas yang turun padang. -Gambar fail
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.
Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
13,592 anjing, kucing di Sarawak divaksin cegah rabies
DVS telah memvaksin 13,592 ekor anjing dan 165 kucing bertuan di Sarawak bagi pencegahan jangkitan rabies untuk tempoh Januari hingga Oktober lepas.
Hampir 157,000 kanak-kanak terima vaksin polio di Gaza
Jeda kemanusiaan dalam konflik ini juga membolehkan kempen ini mensasarkan ratusan ribu kanak-kanak Palestin.
PBB batal kempen vaksinasi polio di sekolah Gaza selepas premis rosak dibedil
Pegawai dari Hospital Al Awda dan Al Aqsa di Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan Israel di sekolah Al Mufti di kem pelarian Nuseirat.
Vaksin kanser ovari sedang dibangunkan Universiti Oxford
Vaksin OvarianVax dibangunkan oleh pasukan yang diketuai Prof Ahmed Ahmed daripada Institut Perubatan Molekul MRC Weatherall Universiti Oxford.
Warga emas disaran ambil vaksin influenza, lindungi diri daripada jangkitan serius
Warga emas disaran mengambil vaksin influenza bagi melindungi diri daripada jangkitan lebih serius.