HARI ini saya terlibat dengan satu perbincangan peringkat kebangsaan berhubung dengan vaksin untuk COVID-19 sama ada halal atau haram.
Saya telah memberikan pandangan saya dalam perbincangan tersebut. Alhamdulillah, perbincangan berlaku dengan baik.
Saya rasa saya perlu ulangi dan ungkapkan kembali pandangan saya tentang isu yang seperti ini sejak dahulu yang telah saya nyatakan dalam pelbagai tulisan saya:
Sejak dahulu, saya menzahirkan rasa sedih saya apabila datang isu-isu yang seperti ini. Islam adalah agama yang menjadi rahmat untuk semua.
Malangnya, atas kelemahan umat di masa ini, kita gagal mengungguli projek-projek kemanusiaan di peringkat antarabangsa, sebaliknya hanya menjadi pengikut kepada rentak pihak yang lain.
Dalam isu vaksin umpamanya, dunia Muslim sepatutnya yang mengepalai penghasilan vaksin yang dapat menyelamatkan manusia dari ancaman wabak ini.
Malangnya, kekayaan negara-negara umat Islam terutamanya Arab gagal untuk mendepani cabaran ini.
Apa yang ada, kita asyik bertanya haram atau halal produk orang lain. Kita gagal untuk menghasilkan produk sendiri.
Dukacita!
Dalam keadaan kita gagal menjadi pengeluar, hanya sekadar pengguna, janganlah pula terlalu sempit perhitungan fekah kita.
Secara amnya, sesuatu produk perubatan seperti vaksin, bahan-bahan yang digunakan akan melalui proses yang pelbagai tahap (chemical transformation) yang mana tiada lagi sifat asal bahan yang digunakan di peringkat awal.
Produk akhir itu sama sekali tidak lagi sama dengan bahan yang digunakan di peringkat awal. Proses ini dalam istilah fikah dinamakan dengan istihalah.
Proses ini telah menghilangkan sifat asal, maka hukum ‘haram’ pada bahan asal tidak boleh dipakai lagi pada produk akhir bahan tersebut kerana telah bertukar ke bahan yang lain.
Untuk memahamkan orang awam, saya akan sebut beberapa contok klasik yang biasanya disebut oleh ahli fikah dahulu. Antaranya, arak yang haram apabila telah bertukar menjadi cuka, maka hukumnya halal.
Proses ‘istihalah’
Baja najis yang diletakkan di pokok lalu pokok menjadi subur dengan baja tersebut, pokok tidak najis dan buahnya halal dimakan.
Kasturi yang berasal dari darah kijang tidak dianggap najis kerana telah bertukar sifatnya. Bangkai yang telah bertukar menjadi tanah sehingga hilang sifat bangkai, tanah itu bersih dan boleh tayamum.
Pelbagai lagi contoh klasik yang pernah disebutkan dalam tulisan sarjana-sarjana silam. Maka, tokoh-tokoh muhaqqiqin (penganalisis) seperti al-Imam Abu Bakr Ibn al-‘Arabi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, al-Syaukani, Sadiq Hasan Khan dan lain-lain menyokong dan meneguhkan hujah bahawa proses istihalah boleh menukar najis kepada bahan yang bersih.
Atas asas ini, Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) yang terdiri dari 32 tokoh ilmuwan seluruh dunia termasuk al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi, al-Syeikh Dr Abdullah bin Bayyah, al-Syeikh Dr Abd al-Sattar Abu Ghuddah, al-Syeikh Dr Ali al-Qaradaghi dan ramai lagi menfatwakan halal bahan tambahan (additives) yang mengandungi sebatian yang berasal dari bahan haiwan yang tidak halal.
Dalam kenyataan mereka yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) menyebut:
“The third group (compounds of animal origin) is also halal, because the animal origin does not remain the same during the process of manufacturing.
In fact it is transformed radically from its original form to a new clean and pure form through a process called ‘chemical transformation’.
This transformation also affects the legal ruling on such ingredients. Therefore, if the original form was unclean or haram, the chemical transformation changed it to another ingredient which requires a new ruling.
For instance, if alcohol changed and was transformed to vinegar, then it does not remain Haram, but carries a new ruling according to the nature of the new product, which is halal”.
(Kumpulan ketiga (sebatian haiwan) juga halal, kerana keadaan asal haiwan tidak lagi kekal sama semasa proses pembuatan.
Malah ia berubah secara radikal daripada bentuk asalnya kepada satu bentuk baru bersih dan suci melalui proses yang dipanggil transformasi kimia.
Transformasi ini juga memberi kesan hukum (baru) pada bahan tersebut. Oleh itu, jika pun bentuk asal adalah najis atau haram, transformasi kimia telah merubahnya kepada satu lagi ramuan yang memerlukan ketetapan hukum baru.
Contohnya, jika alkohol berubah dan telah bertukar kepada cuka, maka ia tidak kekal haram, tetapi membawa hukum baru mengikut sifat bahan hasilan yang baru tersebut, iaitu halal.
Perubahan kimia
Maka, jangan kita dangkal dengan menganggap jika vaksin itu mempunyai bahan asal yang haram maka seketul daging haram berada dalam vaksin tersebut.
Apatah lagi, difahamkan kebanyakan vaksin COVID-19 tidak membabit bahan haiwan secara langsung.
Jika pun ada bahan asal yang haram, proses perubahan kimia itu adalah istihalah yang menjadikan ia bersih dan halal.
Tidak dinafikan di sana ada pendapat fekah yang lebih sempit dan ketat dalam hal ini. Namun, itu bukan pilihan untuk awam terutama pada waktu yang seperti ini.
Sepatutnya, dalam musim ancaman wabak dan kesukaran mencari penawar bagi memboleh manusia meneruskan kehidupan dengan selamat, tokoh-tokoh umat Islam, jika pun tidak dapat menawarkan produk perubatan kita, sekurang-kurang mengemukakan keluasan fikah kita yang bersifat menyelamatkan manusia terutama dalam keadaan yang mendesak.
Jangan kita sulitkan lagi keadaan dengan mengambil pandangan hukum yang sempit untuk umat. Jika ia untuk pegangan peribadi, itu urusan individu.
Adapun hukum untuk negara dan awam, hendaklah ke arah taisir atau memudahkan.
Jika pun kita hendak menegaskan keperluan bahan asal halal, kita boleh sebut jika terdapat vaksin yang bahan asalnya halal maka itu pilihan utama dan terbaik.
Jika tidak, sekalipun bahan asalnya haram namun jika telah melalui proses istihalah atau perubahan sifat bahan (chemical transformation), maka itu juga boleh digunakan.
Dr Mohd Asri Zainul Abidin ialah Mufti Perlis.
Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Thu Dec 03 2020

Jangan kita dangkal dengan menganggap jika vaksin itu mempunyai bahan asal yang haram maka seketul daging haram berada dalam vaksin tersebut. -Gambar fail

Proklamasi Darurat | Surat Ahmad Maslan percubaan derhaka kepada Agong
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menempelak tindakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang didakwa menghantar surat kepadanya supaya menggesa sidang Parlimen diadakan dalam masa terdekat.

Mahkamah | Penjawat awam dituduh amang seksual dua anak
Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap dua anak perempuannya berusia enam dan sembilan tahun, April lalu. Tertuduh, yang berusia 42 tahun membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Fauzi Mohd. Nasir.

Akta 355 | Cadang pinda akta, hukuman berat kepada LGBT
Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri sedang dalam proses meminda Akta 355 bagi mempertingkatkan hukuman atas kesalahan membabitkan Lesbian, Gay, Bisexsual dan Transgender, LGBT. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata, hukuman sedia ada dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun, enam kali sebatan dan denda dilihat ringan.

Pakej PERMAI | Bantuan kerajaan disambut baik
Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai 15 billion ringgit dilihat efektif dan dapat membantu rakyat. Biarpun bantuan itu dilihat tidak diberikan secara menyeluruh, namun ia amat diperlukan golongan khususnya B40 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Isu Kartel Daging | Tiga pegawai MAQIS direman lima hari kes daging import
Tiga pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) direman lima hari bermula Selasa untuk siasatan kerana disyaki terbabit kegiatan rasuah berhubung kemasukan daging beku tidak dibenarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Banjir | Perkembangan banjir di Sabah
Keadaan banjir di beberapa daerah di Sabah yang dilihat makin pulih apabila bilangan mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara, PPS banjir semakin menurun tengah hari ini. Untuk perkembangannya, terus sahaja bersama wakil Astro AWANI di Sabah, Ruzaini Zulkepli.

Politik Rusia | Alexei Navalny ditahan sehingga 15 Februari
Mahkamah Rusia memerintahkan pemimpin pembangkang terkemuka Alexei Navalny ditahan sehingga 15 Februari ini. Keputusan itu dianggap pengkritik sebagai sudah diatur lebih awal selepas ditahan sebaik berada di Rusia.

Selepas hujan pasti ada pelangi, Naim Daniel harap rakyat Malaysia terus tabah
Saya berharap semua tabah dalam memastikan kewarasan masing-masing, kata Naim.

Macam tengah 'online', telefon dan WhatsApp Mahdzir Khalid digodam
Talian telefon dan aplikasi WhatsApp bekas Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid disahkan digodam individu tidak bertanggungjawab.

Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin
Penyerang itu masih mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga 2023.

Selepas hujan pasti ada pelangi, Naim Daniel harap rakyat Malaysia terus tabah
Saya berharap semua tabah dalam memastikan kewarasan masing-masing, kata Naim.

PKP 2.0 tidak halang Aina Abdul lancar lagu baharu bulan depan
Aina sangat teruja untuk melancarkan lagu baharu itu kerana ia amat istimewa buatnya.

'Ia sesuatu yang amat buruk', Bautista Agut samakan kuarantin di hotel dengan penjara
Risiko terdedah kepada koronavirus dalam pesawat sewaktu menuju ke Australia, 72 pemain kini dikuarantin di hotel selama dua minggu.

PKP 2.0: Industri perhotelan Negeri Sembilan dijangka rugi RM10 juta
Para Pengusaha hotel di Negeri Sembilan dijangka mengalami kerugian sehingga RM10 juta ekoran pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak minggu lalu.

Jangkitan baharu COVID-19 menular, China bimbang pergerakan rakyat pada sambutan Tahun Baharu
Pada Isnin, China mencatatkan 118 kes baharu, iaitu bertambah berbanding 109 pada hari sebelumnya.

Premier League sahkan 16 lagi kes positif COVID-19
Premier League menjalankan dua ujian dalam tempoh seminggu di antara 4 dan 10 Januari lalu, yang secara keseluruhan telah mengesan 36 kes positif.

COVID-19: Wanita warga Malaysia antara kes baharu dalam komuniti di Singapura
Wanita Malaysia berusia 66 tahun adalah satu daripada dua kes jangkitan dalam komuniti yang dilaporkan oleh Singapura pada Isnin.

'Saya okey, seronok duduk di hospital ni' - Nazri Aziz sah dijangkiti COVID-19
Nazri kini sedang menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bahru, Kelantan bermula petang Isnin.

Biden mahu kekalkan sekatan perjalanan pelawat Eropah, Brazil - Jurucakap
Atas nasihat pasukan perubatan kami, Pentadbiran tidak berhasrat menarik semula sekatan ini pada 26 Januari, kata Jen Psaki.

Trump tamatkan larangan masuk untuk Schengen, UK, Brazil bermula 26 Jan
Trump menjelaskan negara terlibat memberikan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS), berkongsi rekod ujian COVID-19 yang tepat serta terkini.