Hujan berterusan dijangka landa beberapa negeri mulai 5 hingga 8 Dis - MetMalaysia

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah dari 5 hingga 8 Dis ini. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah dari 5 hingga 8 Dis ini.
Ringkasan AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak, dan Sabah dari 5 hingga 8 Disember.
- Ramalan hujan berterusan di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, dan Sarawak memberi kesan kepada pelbagai kawasan, termasuk Sandakan, Kudat, Kota Bharu, Kuantan, Johor Bahru, dan Kuching.
- Orang awam digalakkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web MetMalaysia, aplikasi myCuaca, atau media sosial jabatan tersebut, serta boleh menghubungi hotline bagi sebarang pertanyaan.
"Pada 7 dan 8 Dis, hujan berterusan diramal berlaku di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor manakala Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) , Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau menerusi platfom media sosial jabatan itu, selain menghubungi talian hotline1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


