KUALA LUMPUR: Pemilik pawagam dan pengedar filem Malaysia memohon kepada kerajaan untuk mempertimbangkan pembukaan semula pawagam di seluruh negara, khusus untuk mereka yang telah menerima vaksinasi COVID-19 lengkap.
Pengurus Besar Lotus Fivestar Cinemas Sdn Bhd Dr Sai Suthan berkata pihaknya percaya, pembukaan semula pawagam akan dapat membantu rakyat Malaysia dari segi kesihatan emosi selain membantu mereka yang berada di dalam industri itu beroperasi semula.
"Pawagam seharusnya boleh dibuka semula dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Beliau juga menegaskan bahawa, tiada kluster COVID-19 atau kes yang melibatkan mana-mana pawagam di Malaysia sewaktu ia dibenarkan untuk beroperasi semula pada Mac.
Sai berkata, Lotus Fivestar Cinemas dan syarikat pengedaran filemnya menganggarkan kerugian kira-kira RM15 juta sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.
Pada Ahad, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memberikan kelonggaran kepada sekatan pada sektor sosial khusus untuk mereka yang telah menerima dos vaksin penuh dan tinggal di negeri-negeri Fasa Dua dan ke atas Pelan Pemulihan Negara (PPN), bermula 10 Ogos.
Antara sekatan yang ditarik balik termasuklah makan di dalam restoran, rentas daerah, aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak melibatkan kontak fizikal, serta aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama melibatkan hotel dan inap desa.
Sementara itu Persatuan Pempamer Filem Malaysia (MAFE) juga meminta kerajaan untuk mempertimbangkan kebenaran pembukaan semula pawagam berikutan hasil daripada kajian 'Big Picture' yang dijalankan mendapati, rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur telah menyatakan bahawa pergi ke pawagam telah membantu memperbaiki tahap emosi mereka.
MAFE menyatakan, kajian meliputi lebih 10,000 responden itu juga mendapati, 80 peratus bersetuju bahawa pergi ke pawagam membantu mengurangkan kadar stress dan keresahan, 75 peratus menyatakan ia membantu mengurangkan perasaan terkurung, manakala 75 peratus bersetuju bahawa pergi ke pawagam membantu membaikit perhubungan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Menurut kajian itu, 82 peratus rakyat Malaysia juga menyatakan yang mereka rasa selamat untuk pergi semula ke pawagam, dengan adanya SOP yang membenarkan hanya kakitangan dan penonton yang telah lengkap divaksinasi sahaja dibenarkan di presmis.
MAFE dalam kenyataan itu meminta untuk kerajaan membenarkan pembukaan semula pawagam yang mematuhi peraturan, seperti yang dinyatakan Muhyiddin dalam membenarkan aktiviti sukan, sosial dan makan di restoran sebagai kelebihan kepada mereka yang telah menerima dos vaksin COVID-19 penuh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 13 2021
Pemilik pawagam dan pengedar filem Malaysia memohon kepada kerajaan untuk mempertimbangkan pembukaan semula pawagam di seluruh negara, khusus untuk mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap. -Gambar hiasan
Pembetukan Malaysia, pilihan tepat dan berani - Hajiji
Penyertaan Sabah dalam pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963 merupakan keputusan para pemimpin terdahulu yang didasari dengan prinsip serta jiwa yang terbuka.
Martabat semua negeri, bina Malaysia bersama - PM
Jelas Anwar, sama ada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) atau pembangunan kawasan pedalaman dan daerah termiskin, semua itu menjadi komitmen dan tangungjawab Kerajaan Persekutuan.
Contohi sikap Hajiji, Abang Johari - PM
Jelas Anwar, sama ada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) atau pembangunan kawasan pedalaman dan daerah termiskin, semua itu menjadi komitmen dan tangungjawab Kerajaan Persekutuan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 September 2024.
Feri bawa lebih 500 penumpang selamat bergerak ke Langkawi malam ini
Sebuah feri dari Kuala Perlis ke Langkawi bagi perjalanan 2.30 petang yang membawa 567 penumpang terkandas di beting pasir petang tadi telah selamat bergerak ke Langkawi malam ini.
Tiga sungai di Kedah lepasi paras bahaya
Tiga sungai di negeri ini direkodkan melepasi paras bahaya dengan trend menaik setakat 10 malam ini.
10 Berita Pilihan - (16 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 30,000 banjiri Padang Merdeka raikan sambutan Hari Malaysia 2024
Meskipun hujan lebat pada awal sambutan acara yang bermula 8.30 malam, orang ramai tetap setia berada di sekitar Padang Merdeka.
Tumpuan Selasa – 17 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Mega Fans Screening Filem Takluk: Lahad Datu
Filem ini bukan sahaja mengangkat kisah benar yang menyentuh hati, tetapi juga memperingati keberanian para wira yang mempertahankan tanah air.
Polis Evo 3 catat kutipan box office RM50 juta!
Ia menjadikan filem arahan Syafiq Yusof itu sebagai filem yang merekodkan kutipan tertinggi bagi tahun 2023 di Malaysia.
Lebih 50,000 peminat raikan Polis Evo 3 di Johor
Siri jelajah seterusnya akan diadakan di Melaka pada 11 Jun (Ahad) di GSC Aeon Bandaraya, mmC Mahkota Parade dan MBO ElementX.
'All Of Those Voices - Louis Tomlinson' tidak akan ditayangkan di Malaysia
Filem tersebut tidak akan ditayangkan berikutan gesaan LPF Malaysia supaya beberapa bahagian filem dokumentari itu dipotong.
'Cocaine Bear' catat prestasi luar biasa
'Cocaine Bear' berjaya mengutip AS$23.1 juta pada minggu pertama tayangan box office di Amerika Syarikat.
'Pakai kain pelikat di rumah pun boleh tengok Astro dan Netflix, tak perlu ada pawagam' - Mohd Amar
Kerajaan Pas Kelantan kekal dengan keputusan untuk tidak membenarkan panggung wayang dibuka di negeri ini kerana ianya bukan satu keperluan.
Elak trend bawa bayi ke pawagam, doktor kongsi kesannya kepada kesihatan bayi
Beberapa risiko bakal berlaku kepada bayi di bawah usia 2 tahun jika dibawa ke pawagam.
Kaki wayang teruja kembali ke pawagam, tak cukup dua dos tak dibenar masuk
Keseluruhannya, SOP dipatuhi sepenuhnya malah bermula sebaik sahaja pengunjung menjejakkan kaki ke pawagam tersebut.
GSC, TGV tetap tarikh buka semula pawagam
Dua operator pawagam terbesar di Malaysia iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV, akhirnya mengumumkan tarikh pembukaan semula premis hiburan itu kepada individu yang lengkap divaksin.
Pawagam bersedia sambut penonton, penggemar filem
Pawagam akan menjalani operasi nyah kuman untuk memastikan bahawa semuanya dalam keadaan selamat untuk menyambut penonton.