awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksinasi remaja di Perak babitkan 41 PPV - Exco

Aida Aziz
Aida Aziz
21/09/2021
10:14 MYT
Vaksinasi remaja di Perak babitkan 41 PPV - Exco
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata, kerajaan negeri sentiasa menitikberatkan objektif bagi mencapai tahap imuniti kelompok. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Program pemberian vaksin remaja telah bermula 20 September serentak seluruh daerah di Perak meliputi 41 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang membabitkan sekolah, kolej vokasional dan PPV Awam.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin, kerajaan negeri sentiasa menitikberatkan objektif bagi mencapai tahap imuniti kelompok (herd immunity).
Ujarnya lagi, sasaran itu turut meliputi pelajar yang akan memulakan sesi persekolahan bagi menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.
"Sasaran vaksinasi remaja berumur 16 hingga 17 tahun iaitu seramai 60,950 pelajar untuk menerima suntikan dos pertama.
"Program ini mensasarkan sejumlah keseluruhan 237,200 remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun di negeri Perak untuk diberikan suntikan vaksin bagi dos yang pertama, manakala bagi dos yang kedua akan bermula sekitar Oktober ini," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Beliau turut menyeru rakyat Perak terutama ibu bapa agar memastikan anak-anak didaftarkan melalui Mysejahtera dan hadir ke PPV yang dinyatakan bagi memenuhi janji temu pemberian vaksin.
"Ini bagi mencapai matlamat imuniti kelompok dengan kadar segera demi kesejahteraan semua pihak.
"Berikan kerjasama yang baik buat seluruh petugas barisan hadapan yang telah bertungkus lumus dalam membantu usaha kerajaan untuk melandaikan pandemik ini," jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#vaksin remaja
#Pusat Pemberian Vaksin
#PPV
#vaksinasi
#PICK
#Perak
#Mohd Akmal Kamarudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan