awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksinasi remaja: PPV sesak? Ikutlah janji temu ... - Dr Noor Azmi

Astro Awani
Astro Awani
23/09/2021
09:10 MYT
Vaksinasi remaja: PPV sesak? Ikutlah janji temu ...  - Dr Noor Azmi
Menurut Dr Noor Azmi, jadual janji temu vaksinasi remaja dibuat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan dan Pendidikan Daerah terlebih awal. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Ibu bapa tidak perlu bergegas ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bersama anak untuk vaksinasi kerana jadual janji temu vaksinasi remaja dibuat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan dan Pendidikan Daerah terlebih awal.
Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pihak pengurusan sekolah melalui guru juga akan memaklumkan jadual vaksinasi mengikut giliran sekolah kepada ibu, bapa atau penjaga.
"Ibu bapa atau penjaga mestilah membawa remaja mengikut tarikh janji temu yang ditetapkan.
"Kaedah vaksinasi berjadual dilakukan bagi mengelakkan daripada berlakunya kesesakan dan kluster jangkitan COVID-19," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia Pemberian vaksinasi secara berjadual bagi mengelak kesesakan di PPV. Pemberian vaksinasi secara walk-in hanya dibenarkan untuk remaja yang tidak bersekolah, remaja sedang belajar di IPTA/IPTS dan remaja yang home schooling pic.twitter.com/jM9P3FZgon
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) September 23, 2021
Bagi murid sekolah berasrama penuh dan harian, Dr Noor Azmi berkata janji temu akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera di mana remaja akan divaksinkan di sekolah atau PPV berdekatan tempat tinggal mereka.
Mengulas lanjut, beliau berkata pendekatan pemberian vaksinasi secara walk-in itu hanya dibenarkan untuk remaja yang tidak bersekolah, remaja sedang belajar di institut pengajian tinggi awam dan swasta serta remaja yang mengikuti ‘home-schooling’.
Justeru beliau berkata, Kementerian Kesihatan memberi jaminan bekalan vaksin untuk remaja adalah mencukupi dan kesemua remaja berusia 12 hingga 17 tahun akan diberi vaksinasi sama ada di PPV atau sekolah.
Tular di media sosial hari ini beberapa gambar serta klip video kesesakan di PPV Axiata Arena, yang merupakan salah daripada 156 PPV Awam, Integrasi dan sekolah yang melaksanakan vaksinasi remaja.
Crowd at PPV Axiata Arena now. No proper signages to streamline Walk-Ins and those with appointments. Very messy. pic.twitter.com/h9ti7X3Q7M
— E Ling Teo (@teoeling) September 23, 2021
Tak tau nk salahkan management mana u dumped everybodys appt at the same time so called efficient?? Champion in managing vaccination? #VaccinationDrive #ppvaxiata pic.twitter.com/fuFK35W1Ua
— Molly Jones (@nurjones) September 23, 2021
Naik lrt pastu,jauh yg amat brjln kaki drpd stesen lrt ke walk in ppv axiata arena stadium bukit jalil.ramai siak manusia,lgi² adik² student yg dtg ambik vaksin. Lupa nak ikut jln shortcut,lama punya pasal tak dtg stadium bukit jalil,balik bru ikut jln shortcut pic.twitter.com/bzlnszrSYD
— Rudy Irsyhad (@MFacescat) September 23, 2021
Topic Berkaitan
#vaksinasi remaja
#MySejahtera
#Pusat Pemberian Vaksinasi
#Dr Noor Azmi Ghazali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan