awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita warga emas kritikal akibat letupan tong gas
Wakil pelbagai aliran pendidikan terima baik hasrat kerajaan wajibkan BM, Sejarah dalam SPM
Pesta Angin Timur Perlis 2026 sasar lebih 300,000 pengunjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Varian Delta COVID-19: Beri perhatian aspek pengudaraan di tempat kerja

Astro Awani
Astro Awani
10/08/2021
03:58 MYT
Varian Delta COVID-19: Beri perhatian aspek pengudaraan di tempat kerja
HISHAMSHAH: Imunisasi kelompok kita masih belum di tahap yang diharapkan, jadi, apabila berada di luar, kita masih boleh dijangkiti. - Facebook JKJAV
KUALA LUMPUR: Majikan digesa memberi perhatian kepada aspek pengudaraan di pejabat bagi mengurangkan risiko jangkitan virus COVID-19 di tempat kerja.
Ini kerana, menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim, varian terbaharu COVID-19 didapati merebak melalui udara.
"Kita tak boleh bergantung kepada satu strategi saja untuk mengendalikan pandemik yang disebabkan oleh varian Delta yang baharu ini.
"Kalau boleh, mesti memperkukuhkan lagi pematuhan kita kepada prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan-peraturan yang telah kita sarankan.
"Itu nombor satu. SOP yang saya maksudkan adalah, kita mesti sekarang lebih berjaga-jaga lagi di luar sana walaupun kita sudah divaksinasi.
"Kerana, imunisasi kelompok kita masih belum di tahap yang diharapkan. Jadi, apabila di luar, masih boleh dijangkiti.
"Sebab itu, pemakaian pelitup muka itu penting dan kita masih kena jaga physical distancing, jaga jarak dan sebagainya.
Tempat kerja perlu beri perhatian kepada aspek pengudaraan - Dr. Hishamshah
BACA: COVID-19: Selamatkah tempat kerja anda daripada jangkitan bawaan udara?
TONTON: AWANI Pagi: Transmisi virus Corona melalui udara?
Perkara itu, katanya, perlu ditekankan juga di kilang dan di kawasan yang sempit dan sebagainya.
"Kita sarankan juga majikan dan tempat-tempat kerja untuk melihat cara ventilasi di tempat kerja mereka supaya pengudaraan itu dapat diperbaiki.
"Sebab, ini merupakan satu langkah yang dapat mengurangkan kadar kebolehjangkitan varian Delta yang sedang kita hadapi sekarang ini.
"Jadi, pelbagai kaedah mesti kita gunakan untuk menghadapi varian Delta ini," tambahnya.
Topic Berkaitan
#jangkitan
#COVID-19
#kadar kebolehjangkitan
#KKM
#pelitup muka
#SOP
#pengudaraan
#Hishamshah Mohd Ibrahim
#imunisasi kelompok
#Varian Delta
#varian baharu
#pematuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan