Pesta Angin Timur Perlis 2026 sasar lebih 300,000 pengunjung

PAT Perlis 2026 turut menampilkan pelbagai aktiviti rekreasi dan kekeluargaan seperti belon udara panas, paramotor, himpunan motosikal klasik selain jualan makanan tradisional, produk IKS dan kraftangan.- Foto Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
KANGAR: Pesta Angin Timur (PAT) Perlis 2026 menyasarkan kehadiran lebih 300,000 pengunjung termasuk pelancong domestik dan luar negara sepanjang penganjuran selama tiga hari bermula 6 Feb ini di Dataran Kangar Jaya di sini.
Ringkasan AI
- Pesta Angin Timur (PAT) Perlis 2026 sasar lebih 300,000 pengunjung termasuk pelancong domestik dan antarabangsa di Dataran Kangar Jaya.
- Edisi kali ini menampilkan Himpunan Mega Basikal Lipat pertama di negeri itu dan penyertaan antarabangsa meningkat.
- Acara PAT Perlis 2026 turut tampil dengan seni tradisi, aktiviti rekreasi, dan zon jualan untuk merancakkan ekonomi komuniti setempat.
Abu Bakar berkata sambutan daripada penyertaan antarabangsa juga meningkat tahun ini, susulan promosi berterusan dijalankan dengan kerjasama agensi pelancongan termasuk di Thailand bagi menarik pelancong serantau.
Beliau berkata PAT Perlis 2026 telah disenaraikan dalam kalendar pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan menjadi antara acara pembuka tirai pelancongan budaya negara.
"Kepelbagaian seni dan budaya terus menjadi tunjang utama pesta berkenaan termasuk persembahan simfoni pergendangan yang menghimpunkan variasi gendang pelbagai kaum.
"Pengunjung juga bakal disajikan dengan persembahan seni tradisi seperti makyong yang mempunyai nilai simbolik kepada Institusi Diraja negeri serta pelbagai lagi persembahan warisan tempatan dan nusantara," katanya.
Selain itu, Abu Bakar berkata PAT Perlis 2026 turut menampilkan pelbagai aktiviti rekreasi dan kekeluargaan seperti belon udara panas, paramotor, himpunan motosikal klasik selain zon jualan yang menawarkan makanan tradisional, produk industri kecil dan sederhana (IKS) serta kraftangan tempatan.
Abu Bakar berkata penganjuran itu bukan sahaja mengangkat budaya dan warisan Perlis malah menjadi platform penting dalam merancakkan ekonomi komuniti setempat serta mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai destinasi pelancongan budaya utama di utara tanah air.
"Penganjuran pesta itu kali ini juga menyasarkan nilai jualan dapat dijana melebihi RM5 juta menerusi penglibatan usahawan tempatan, peniaga kecil serta penggiat industri pelancongan negeri," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


