awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gagal dihubungi tiga hari, wanita ditemui mati dibunuh di rumah sewa
Jabatan Kehakiman AS dedah lebih tiga juta dokumen baharu kes Epstein
Trump lantik Kevin Warsh terajui Rizab Persekutuan AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wakil pelbagai aliran pendidikan terima baik hasrat kerajaan wajibkan BM, Sejarah dalam SPM

Bernama
Bernama
30/01/2026
21:30 MYT
Wakil pelbagai aliran pendidikan terima baik hasrat kerajaan wajibkan BM, Sejarah dalam SPM
Fahmi ketika sidang media mingguan Kabinet di Menara Komunikasi, Putrajaya, 30 Jan 2026. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Wakil sekolah pelbagai aliran pendidikan di negara ini menerima baik hasrat kerajaan mewajibkan pengambilan subjek bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu dinyatakan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
"Menteri Pendidikan telah memaklumkan bahawa pada minggu ini telah diadakan pertemuan bersama wakil dari pelbagai pihak, wakil daripada sekolah antarabangsa, dari sekolah Maahad Tahfiz dan juga daripada pihak Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang mengangkat isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
"Jadi, Menteri Pendidikan memaklumkan bahawa pertemuan tersebut telah berjalan dengan sangat baik dan ada penyelarasan dari segi apa yang kerajaan berhasrat untuk laksana, diterima baik oleh semua pihak yang hadir," katanya dalam sidang media mingguan di sini semalam.
Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi berkata susulan itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengadakan pertemuan dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada minggu hadapan, bagi meneliti aspek laluan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), berdasarkan keperluan dua mata pelajaran itu di sekolah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 pada 20 Jan lepas mengumumkan sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran UEC diwajibkan mengambil subjek bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM.
RPN diterajui bersama KPT menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035 dan Kementerian Pendidikan menerusi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035.
Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata Kabinet akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada KPM berhubung isu kos anggaran pembinaan sebuah bilik darjah meningkat kepada RM280,000 hingga RM520,000.
Beliau berkata walaupun perkara itu tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semalam, isu prasarana sekolah merupakan perkara penting yang ditekankan Perdana Menteri.
"Hal ini tidak dibincangkan, tapi sebenarnya isu prasarana ini adalah satu isu yang penting, malah Perdana Menteri sebelum ini sudah menyatakan hasrat kerajaan untuk pastikan bilik darjah ini dapat disediakan menggunakan IBS (Sistem Binaan Berindustri)," katanya.
Media sebelum ini melaporkan anggaran kos pembinaan blok bangunan merangkumi bilik darjah, tangga, koridor dan tandas bagi tempoh 2021 hingga 2026 meningkat kepada antara RM280,000 hingga RM520,000, berbanding antara RM180,000 hingga RM250,000 bagi tempoh 2016 hingga 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#wajibkan BM Sejarah dalam SPM
#Fadhlina Sidek
#mesyuarat Kabinet
#wakil sekolah pelbagai aliran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami