awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gagal dihubungi tiga hari, wanita ditemui mati dibunuh di rumah sewa
Jabatan Kehakiman AS dedah lebih tiga juta dokumen baharu kes Epstein
Trump lantik Kevin Warsh terajui Rizab Persekutuan AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga emas kritikal akibat letupan tong gas

Bernama
Bernama
30/01/2026
21:45 MYT
Wanita warga emas kritikal akibat letupan tong gas
Satu letupan tong gas berlaku di sebuah rumah di Taman Kledang Emas, Ipoh, awal pagi semalam, mengakibatkan seorang wanita warga emas berada dalam keadaan kritikal selepas melecur hampir seluruh badan. - Foto JBPM Perak
IPOH: Seorang wanita warga emas berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami kecederaan melecur hampir seluruh badan akibat letupan tong gas di sebuah rumah dua tingkat di Taman Kledang Emas, di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian menimpa mangsa berusia 63 tahun itu pada pukul 4.57 pagi.
Beliau berkata hasil temu bual dengan salah seorang anak perempuan mangsa mendapati wanita itu terhidu bau gas yang kuat dan mengesyaki kemungkinan berlaku kejadian tidak diingini sebelum mengejutkan ibu serta adik perempuannya untuk keluar dari rumah bagi mengelakkan sebarang insiden.
"Bagaimanapun, ketika hendak keluar dari rumah, mangsa dilaporkan ke dapur untuk menutup pembuka tong gas berkenaan sebelum satu letupan berlaku secara tiba-tiba, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan melecur di bahagian muka dan hampir seluruh anggota badan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Abang Zainal Abidin berkata kedua-dua anak mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala suami mangsa berada di luar ketika kejadian berlaku.
Beliau berkata mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan tong gas
#wanita warga emas kritikal
#melecur seluruh badan
#Taman Kledang Emas Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan