awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Variasi genom Malaysia sesuai sebagai tapak ujian klinikal yang unggul - Khairy

Bernama
Bernama
05/09/2022
13:43 MYT
Variasi genom Malaysia sesuai sebagai tapak ujian klinikal yang unggul - Khairy
Variasi genom Malaysia daripada populasinya yang pelbagai menawarkan tapak terbaik dan paling sesuai untuk penyelidikan ujian klinikal, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. - Foto BERNAMA
KUCHING: Variasi genom Malaysia daripada populasinya yang pelbagai menawarkan tapak terbaik dan paling sesuai untuk penyelidikan ujian klinikal, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata perbezaan genetik adalah antara aspek penting yang diteliti oleh para penyelidik dalam ujian klinikal terutama bagi menguji keberkesanan rawatan.
Khairy berkata oleh yang demikian, Malaysia adalah destinasi terbaik kerana tiada negara lain yang memiliki satu pertiga daripada profil genomik dunia.
"Satu pertiga (daripada profil genomik di dunia) ini adalah sama ada Cina atau India dan kita memilikinya di Malaysia. Kita juga memiliki banyak lagi termasuk profil genomik Melayu.
"Dalam sains, perbezaan genetik sememangnya membezakan sejauh mana keberkesanan rawatan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Novartis Malaysia, Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM) dan Hospital Umum Sarawak di sini hari ini.
Khairy berkata Malaysia turut menawarkan antara kos terendah bagi penyelidikan dan ujian klinikal di rantau ini.
"Tempoh ujian kita juga adalah antara yang terpantas di dunia, daripada penyerahan kepada semakan etika hanya mengambil masa sebulan.
"Ini menyebabkan Malaysia kini berada di kedudukan kedua di Asia Tenggara bagi bilangan ujian klinikal tajaan industri," katanya.
Khairy berkata sejak 2012, Malaysia telah menjalankan lebih 1,900 penyelidikan klinikal yang ditaja.
"Tahun lepas, Malaysia menjalankan sebanyak 215 projek penyelidikan klinikal tajaan baharu dengan nilai kontrak keseluruhan RM226 juta," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#variasi genom Malaysia
#penyelidikan
#ujian klinikal
#KKM
#Melayu
#Cina
#India
#Khairy Jamaluddin
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan