awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

VDM: Veteran ATM Orang Asli tidak dipinggir - Adly

Bernama
Bernama
02/08/2025
08:55 MYT
VDM: Veteran ATM Orang Asli tidak dipinggir - Adly
Adly berkata, veteran ATM daripada masyarakat Orang Asli adalah sebahagian daripada keluarga besar pertahanan negara. - Gambar fail/Facebook Adly Zahari
SUNGAI SIPUT: Kementerian Pertahanan tidak meminggirkan mana-mana kumpulan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk dalam kalangan masyarakat Orang Asli, menerusi pelaksanaan Program Veteran Desa MADANI (VDM).
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata VDM yang dianjurkan bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) itu menjadikan Sungai Siput lokasi kelima pelaksanaan program berkenaan tahun ini selepas Pengkalan Chepa, Gua Musang, Jeli dan Slim River.
"VDM merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah Program Peduli Veteran Madani (PVM) yang memberi tumpuan kepada kelompok veteran Orang Asli dalam pelaksanaan program, sejajar dengan prinsip inklusif dasar Malaysia MADANI," katanya kepada pemberita selepas Program Veteran Desa MADANI (VDM) Daerah Sungai Siput di Dewan Pandak Hamid Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Bawong di sini hari ini.
Beliau berkata program berkenaan memberi fokus kepada lima aspek utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan dan pemerkasaan sosioekonomi dalam kalangan veteran ATM khususnya mereka golongan asnaf dan B40.
"Veteran ATM daripada masyarakat Orang Asli adalah sebahagian daripada keluarga besar pertahanan negara. Mereka tidak dilupakan dalam segala perancangan dan penyaluran bantuan kementerian," katanya.
Program VDM di Sungai Siput menyaksikan penyerahan kad veteran ATM kepada veteran Orang Asli, selain penyampaian sumbangan Rahmah dan bantuan keperluan asas kepada penduduk dan persatuan veteran setempat.
Terdahulu, Adly menziarah dua veteran ATM Orang Asli dari golongan asnaf, seorang veteran asnaf bukan Orang Asli, serta seorang usahawan veteran ATM yang aktif dalam sektor pertanian.
"Kita turut sampaikan sumbangan berupa kotak makanan, pam air elektrik, tong air 400 liter dan peralatan sistem saliran tanaman kepada penerima dalam lawatan tersebut.
"Melalui JHEV ATM kementerian berperanan memastikan akses kepada pelbagai skim bantuan dapat disampaikan kepada semua kumpulan sasaran tanpa kecuali," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vdm
#veteran tentera
#Orang Asli
#Adly Zahari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan