KUALA LUMPUR: Golden Screen Cinemas (GSC) dengan kerjasama Alliance Bank telah memperkenalkan pawagam butik terbaharu Kuala Lumpur iaitu Velvet di Retail Park 163, Mont Kiara.
Velvet dalam kenyataan memaklumkan konsep pawagam diinspirasikan daripada pawagam retro sekitar 60-an akan membawa penonton mengimbau pengalaman sinematik retro, lengkap dengan makanan dan minuman serta gaya hidup.
Tiga dewan dilengkapi dengan 163 tempat duduk, Velvet akan menayangkan filem-filem kegemaran ramai filem arthouse, cult classic, filem asing dan blockbuster Hollywood dalam pelbagai genre termasuk seram, thriller, komedi, aksi dan banyak lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif GSC Koh Mei Lee berkata pelancaran Velvet mengulangi komitmen pihaknya untuk membawa konsep menarik ke dalam pasaran, khususnya dalam bidang yang belum diterokai dan berpotensi tinggi.
"Pelancaran Velvet memberikan kami peluang untuk mempamerkan pelbagai kandungan, daripada filem arthouse, cult classic dan blockbuster Hollywood untuk dinikmati pada penonton. Pelancaran Velvet merupakan satu lagi kejayaan kepada kami, dengan banyak lagi bakal dilancarkan pada 2024," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Bank Group Kellee Kam berkata melalui kerjasama ini, pihaknya menyediakan mata ganjaran kepada pemegang kad yang dihargai dengan pelbagai bentuk manfaat dan keistimewaan eksklusif.
"Bersama rakan kongsi kami, GSC, kita akan mencipta pengalaman hiburan yang lancar kepada pelanggan di samping pengalaman menyeronokkan dan dipenuhi kejutan," katanya.
Sempena pembukaan, Velvet akan mengadakan promosi tiket berharga RM140 untuk sepasang (RM70 seorang) pada hari bekerja (Isnin-Khamis) dan RM180 sepasang (RM90 seorang) hujung minggu (Jumaat-Ahad) manakala harga standard RM200 sepasang (RM100 seorang).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023
Kellee Kam dan Koh Mei Lee pada majlis memeterai kerjasama antara dan di Velvet, Retail Park 163, Mont Kiara. - Instagram alliancebankmalaysia
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
65 murid keracunan makanan di Sungai Petani
Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi tadi.
Pengadu terima panggilan pertama Ebit Lew jam 3.40 pagi - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret bahawa dia menerima panggilan telefon pertama daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada jam 3.40 pagi, 4 Mac 2021.
[TERKINI] Netanyahu tiba di Kneeset teruskan persidangan
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant dilihat meneruskan sesi baharu pembukaan parlimen disaat berita mengenai permohonan waran tangkap hangat diperkatakan ketika ini.
Dalam rakaman yang dikongsikan Reuters, Netanyahu berjalan memasuki dewan dengan kawalan ketat anggota keselamatan.
Dalam rakaman yang dikongsikan Reuters, Netanyahu berjalan memasuki dewan dengan kawalan ketat anggota keselamatan.
[TERKINI] Ketua Pendakwa Raya mohon waran tangkap terhadap Netanyahu
Mimpi ngeri Israel yang menyuarakan kebimbangan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersedia mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawainya bakal menjadi kenyataan selepas notis permohonan diserahkan ICC kepada tiga panel hakim yang terlibat dalam pra-perbicaraan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
AWANI Ringkas: Buang bayi - Sepasang kekasih ditahan di Kemaman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.