Sebahagian besar Venezuela terpaksa bergelap mulai petang Khamis selepas berlaku gangguan bekalan elektrik secara besar-besaran dan kerajaan Presiden Nicolas Maduro menyalahkan "perbuatan sabotaj" sebagai punca perkara itu berlaku.
Selain beberapa bangunan yang mendapat bekalan elektrik daripada sebuah penjana peribadi, ibu kota Caracas terpaksa bergelap mulai pukul 4.50 petang, yang turut menjejaskan sistem pengangkutan metro bandar serta perkhidmatan telefon dan internet.
Digelar sebagai antara bandaraya paling berbahaya di dunia, jalan-jalan di Caracas biasanya lengang selepas hari beransur gelap.
Laporan media tempatan menyebut insiden gangguan bekalan elektrik itu telah menjejaskan sebahagian besar Venezuela.
"Mereka mensabotaj penjana pusat… ia adalah sebahagian daripada taktik peperangan yang menggunakan bekalan elektrik terhadap negara," kata syarikat elektrik negara CORPOELEC melalui akaun Twitternya.
"Kami tidak akan membenarkan ia berlaku dan kami sedang bertungkus-lumus untuk mengembalikan perkhidmatan itu."
Penjana hidroelektrik pusat di Guri, yang terletak di timur negeri Bolivar, adalah antara yang terpenting di Amerika Latin selain di Itaipu, yang terletak antara sempadan Brazil dan Paraguay.
Gangguan bekalan elektrik sering berlaku di Venezuela, yang kini berdepan krisis ekonomi.
Pakar menyalahkan kerajaan kerana kurang membuat pelaburan dalam infrastruktur manakala rejim menuding jari ke arah pensabotaj tanpa mengenal pasti siapa mereka.
Setahun lepas, Maduro meminta angkatan bersenjata menjaga serta melindungi penjana hidroelektrik negara namun gangguan bekalan terus berlaku.
-- BERNAMA-NNN-AGENCIES
Bernama
Fri Mar 08 2019
Orang ramai menyeberang jalan ketika keadaan bergelap akibat gangguan bekalan elektrik di Caracas, Venezuela, 7 Mac, 2019. REUTERS
10 Berita Pilihan - (21 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
Buletin AWANI Khas: Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung diskusi sempena Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Buletin AWANI Khas, bersama Penasihat Penyelidikan, Khazanah Research Institute, Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram.
Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA
Insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Jangan perkenalkan dasar yang bebankan rakyat miskin - PM
Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Timbunan hutang hanya membazirkan wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang.
[TERKINI] Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Rakyat Malaysia diajak sertai kempen '11 Minit Untukmu Palestin'
Gabungan itu menyeru orang ramai untuk meluangkan masa selama 11 minit bergelap dengan menutup lampu di lokasi masing-masing.
Drawbridge bergelap sejam kerana Earth Hour
Jambatan Angkat Kuala Terengganu atau lebih dikenali sebagai drawbridge bergelap selama sejam bagi menyahut kempen Earth Hour yang bertemakan 'Invest On Our Planet' pada malam Sabtu.
Earth Hour: Kota dunia termasuk Kuala Lumpur bergelap seketika
Lampu dipadamkan tepat jam 8.30 malam hingga 9.30 malam di beberapa bangunan ikonik di ibu kota.
Tanah runtuh: Dua daerah di sempadan Sarawak bergelap
Dua daerah di bahagian selatan Sarawak berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia terpaksa bergelap selepas dua kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan bekalan elektrik terputus di kawasan berkenaan.
Venezuela terpaksa bergelap selepas berlaku gangguan bekalan elektrik besar-besaran
Selain beberapa bangunan yang mendapat bekalan elektrik daripada sebuah penjana peribadi, ibu kota Caracas terpaksa bergelap mulai pukul 4.50 petang.
1.7 juta penduduk Australia bergelap
Ribut yang melanda wilayah Australia Selatan mengakibatkan 1.7 juta penduduk kawasan terbabit bergelap akibat putus bekalan eletrik.
KL bergelap sejam sempena Earth Hour
Beberapa bangunan di sekitar ibu negara bergelap selama sejam sebagai tanda sokongan terhadap kempen Earth Hour mulai 8.30 malam tadi.
Earth Hour ubah pandangan dunia mengenai alam sekitar
Dari Jambatan Pelabuhan Sydney ke Istana Buckingham, Pagar Brandenburg ke Menara Burj Khalifa. State Empire ke Taj Mahal, Table Mountain dan ke beberapa tempat terkenal serata dunia.