awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh: Dua daerah di sempadan Sarawak bergelap

Bernama
Bernama
15/01/2021
21:45 MYT
Tanah runtuh: Dua daerah di sempadan Sarawak bergelap
Talian pertama dilaporkan terputus pada 11.30 malam Rabu, 13 Jan dan SEB dengan serta-merta mengerahkan pasukan pasukan operasinya menilai kesan tanah runtuh pada tiang yang tumbang. - Foto FB Sarawak Energy Berhad
BAU:Dua daerah di bahagian selatan Sarawak berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia terpaksa bergelap selepas dua kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan bekalan elektrik terputus di kawasan berkenaan.
Syarikat pembekal tenaga elektrik milik kerajaan negeri, Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam kenyataan Jumaat malam memaklumkan bahawa pasukan teknikal telah dikerah ke lokasi untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan di dua talian bekalan elektrik antara daerah Bau dan Lundu yang rosak akibat tanah runtuh.
"Dua talian atas 33kV (Kilovolt) tersangkut akibat kejadian tanah runtuh yang merosakkan tiang elekrtik dan menyebabkan kerosakan kabel bawah tanah kerana hakisan tanah," menurut kenyataan itu.
Talian pertama dilaporkan terputus pada 11.30 malam Rabu, 13 Jan dan SEB dengan serta-merta mengerahkan pasukan pasukan operasinya menilai kesan tanah runtuh pada tiang yang tumbang.
"Bagaimanapun, usaha pembaikan terjejas disebabkan keadaan tidak selamat susulan tanah runtuh dan kawasan terjejas akibat banjir," menurut kenyataan itu.
Talian kedua terputus pada 10.45 pagi Jumaat selepas satu lagi kejadian tanah runtuh yang memusnahkan kabel bawah tanah.
"Usaha pemulihan hanya akan dilakukan setelah kawasan itu dibersihkan dan selamat untuk kerja-kerja pembaikan," jelasnya.
Pengurus Wilayah Barat SEB Choo Min Chong dalam kenyataan itu berkata pasukan pemulihan telah berusaha memperbaiki tiang patah di talian pertama, yang telah siap pada jam 10 malam pada Jumaat.
"Pergerakan tanah dan keadaan cuaca buruk menjejaskan kerja-kerja pemulihan yang selamat dan cepat. Kami memaklumkan situasi terkini kepada pelanggan terjejas dan amat menghargai mereka yang faham keadaan pada masa ini. Kami memberi jaminan bahawa kami sedang melakukan yang terbaik untuk memulihkan bekalan elektrik dengan selamat secepat mungkin," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#tanah runtuh
#bekalan elektrik
#gangguan
#bergelap
#sempadan
#Malaysia-Indonesia
#Lundu
#Bau
#daerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan