PONTIAN: Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencadangkan agar pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dapat melibatkan ahlinya yang berpengalaman dalam bidang ketenteraan, sekali gus membantu kelancaran program berkenaan.
Ahli Majlis Veteran Kebangsaan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata antaranya, veteran ATM boleh memberi khidmat sebagai jurulatih PLKN, yang bakal dilaksanakan di kem-kem tentera terpilih di seluruh negara.
Beliau berkata selain mempunyai pengalaman dalam bidang ketenteraan, mereka juga mempunyai kemahiran khusus dalam bidang tertentu yang boleh dikongsikan semasa program itu berlangsung.
"PLKN 3.0 yang dicadang dibuat di kem-kem tentera, memberi peluang kepada veteran ATM untuk dilantik sebagai jurulatih. Selain itu 2,000 lantikan untuk renjer (komuniti) turut dibuka kepada ahli Veteran ATM.
"Kerajaan turut membuka peluang pekerjaan menerusi pengumuman penambahan anggota renjer kepada 2,000 orang dengan melantik veteran ATM, PDRM, Orang Asli dan komuniti setempat," kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Inisiatif Perumahan Veteran ATM Peringkat Negeri Johor 2023 di Ayer Baloi, dekat sini yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Cawangan Pontian Ahmad Safar.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2024 mengumumkan kerajaan akan menambah bilangan renjer komuniti kepada 2,000 orang berbanding 1,000 orang tahun ini bagi meningkatkan penguatkuasaan kawasan hutan simpan kekal.
Sebelum itu, pada 9 Okt lepas, kerajaan bersetuju meneruskan semula PLKN yang dimansuhkan pada 2018, menggunakan kaedah latihan berbeza berbanding sebelumnya dengan anak muda akan menjalani latihan di kem tentera.
Mengenai inisiatif perumahan Veteran ATM, Ahmad berkata sebanyak 99 buah rumah membabitkan peruntukan RM6.5 juta telah dibina telah dibina sejak 2021 manakala lebih RM8 juta telah dibelanjakan kerajaan bagi membaik pulih 554 unit rumah.
"Inisiatif bina dan baik pulih rumah veteran ATM akan diteruskan dalam usaha membantu veteran ATM berpendapatan rendah dan kurang kemampuan dengan menyediakan tempat kediaman lebih kondusif dan selesa.
"Selain itu, menerusi Belanjawan 2024, bayaran insentif RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 14 2023
Ahmad Maslan (tengah) pada majlis simbolik penyerahan kunci rumah kepada penerima bantuan perumahan semasa Majlis Penyerahan Kunci Rumah Inisiatif Perumahan Veteran ATM Peringkat Negeri Johor Tahun 2023, di Ayer Baloi hari ini. - Foto Bernama
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly
Wujud salah faham berkenaan had umur yang ditetapkan untuk menyertai PLKN sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai.
Cuepacs minta 55,000 kakitangan kontrak dilantik semula
Jumlah berkenaan meliputi kakitangan yang berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Seranta Felda.
COVID-19: 1,000 gelandangan akan ditempatkan di tiga kem PLKN
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menguruskan proses penempatan mereka termasuk memberi keperluan harian seperti makanan.
Modul baharu pengurusan kewangan diperkenal kepada pelatih PLKN
Modul berkenaan diharap dapat membantu melahirkan belia celik pengurusan kewangan.
PR1MA akan serah 600 unit pertama rumah mampu milik menjelang akhir tahun
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), yang membantu mereka yang berpendapatan sederhana memiliki kediaman sendiri, dijangka menyerahkan 600 unit pertama rumah mampu miliknya menjelang akhir tahun ini.
Kenapa kata program PLKN membazir? - Bekas KP JLKN
Bekas Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil menyangkal tuduhan seorang pemimpin pembangkang kononnya PLKN yang dilaksanakan sejak 2004 adalah sebuah program yang membazir.
Penangguhan PLKN tidak jejas kakitangan tetap program - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beri jaminan bahawa penangguhan PLKN tidak akan menjejaskan kedudukan operator-operator kem serta jurulatihnya.
Program TUBE tingkat belia bumiputera ceburi perniagaan - Dr Hamim
TUBE diharap akan dapat menyumbang kepada penglibatan lebih ramai lagi belia Bumiputera dalam bidang keusahawanan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Dr Hamim Samuri.
Pengisian program PLKN akan disusun semula - Hishammuddin
Kementerian Pertahanan dengan kerjasama KBS sedang menyusun semula modul PLKN untuk tujuan penambahbaikan, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.