awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video bogel: Keluarga wanita rayu orang ramai padam rakaman

Bernama
Bernama
27/09/2016
23:42 MYT
Video bogel: Keluarga wanita rayu orang ramai padam rakaman
Keluarga wanita berusia 26 tahun yang dipukul dalam keadaan bogel serta kejadian dirakam, merayu orang ramai yang memiliki video itu supaya memadamkannya bagi menjaga kehormatan wanita itu. - Gambar fail
Keluarga wanita berusia 26 tahun yang dipukul dalam keadaan bogel serta kejadian dirakam, merayu orang ramai yang memiliki video itu supaya memadamkannya bagi menjaga kehormatan wanita itu. Ibu wanita terbabit yang dikenali sebagai Kak Ni, 49, berkata akibat penyebaran video itu keluarganya kini menanggung aib manakala anaknya pula trauma dan terpaksa berkurung di rumah.
Beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan keluarganya berikutan ugutan yang diterima daripada individu yang tidak dikenali.
"Tiga hari lalu saya menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengugut akan melakukan sesuatu yang tidak baik kepada keluarga saya.
"Disebabkan itulah saya memohon kepada polis supaya membuat rondaan di kawasan tempat tinggal saya dan berharap pihak itu ditangkap dengan secepat mungkin," katanya selepas perjumpaan dengan Ketua Polis Negeri Datuk Dr Ab Rahman Ismail di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, pada Selasa.
Kak Ni berkata keluarganya juga akan menyaman pihak yang menyebarkan video berkenaan.
Dua video, masing-masing berdurasi 2 minit 8 saat dan 1 minit 15 saat memaparkan seorang wanita dibogel dan dipukul oleh seorang wanita lain dalam kejadian dipercayai Rabu lepas, di sebuah hotel di pekan Sungai Golok, Thailand.
Sementara itu, Ab Rahman berkata satu pasukan daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard yang berpengalaman dalam bidang agama dan psikologi akan dihantar bagi mengurangkan trauma yang dialami mangsa. -Bernama
Topic Berkaitan
#dipukul dalam keadaan bogel
#Kak Ni
#menanggung aib
#menjaga kehormatan wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan