KUALA TERENGGANU: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) meminta semua penyedia platform media sosial supaya mengambil perhatian dan tindakan sekiranya terdapat aktiviti penyebaran, mempromosi dan penjualan video rakaman di dalam bilik persalinan melalui media sosial.
Timbalan Menterinya Teo Nie Ching berkata selain melakukan pemantauan, pengendali platform seperti Facebook, TikTok, dan Twitter juga perlu segera memadam atau menurunkan sebarang video yang memapar, mempromosi atau menjual video rakaman melalui kamera tersembunyi yang dipasang di dalam bilik persalinan.
"KKD memang akan minta penyedia platform ini seperti Facebook, Twitter dan TikTok untuk pastikan kalau ada benda sebegini, mereka padam atau tutup akaun itu serta-merta. Kalau kami (KKD) terima apa-apa maklumat seperti 'link' (pautan), kami juga akan sampaikan kepada MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan hantar (pautan) kepada penyedia platform supaya kandungan tersebut boleh dipadam serta-merta.
"Baru semalam kami di kementerian adakan mesyuarat dengan pihak Meta dan TikTok yang antara agendanya adalah bagaimana kita hendak meningkatkan lagi perlindungan untuk semua pengguna media sosial," katanya selepas melakukan tinjauan mesra di sekitar Kampung Cina di sini hari ini.
Teo berkata KKD melalui MCMC dan CyberSecurity Malaysia turut sedia bekerjasama dengan pihak polis sekiranya memerlukan bantuan teknikal atau analisis forensik bagi membantu siasatan berhubung perkara tersebut.
Dilapor baru-baru ini, terdapat beberapa rakaman video di bilik persalinan sebuah butik di ibu negara tular di media sosial dengan video rakaman tersebut difahamkan turut dijual kepada orang awam di sebuah aplikasi serta dipromosi secara meluas di akaun media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023
Teo (tengah) bergambar semasa mengedarkan tanglung kepada Tokong Ho Ann Kiong ketika melakukan tinjauan mesra di Kampung Cina hari ini.- Foto BERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Video di bilik persalinan: Penyedia platform media sosial perlu ambil perhatian - Teo
Kementerian Komunikasi dan Digital meminta semua penyedia platform media sosial supaya mengambil perhatian dan tindakan sekiranya terdapat penyebaran rakaman bilik persalinan di media sosial.