awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video eksklusif: Ri Jong Chol buat apa di Jabatan Imigresen sebelum diusir?

Astro Awani
Astro Awani
03/03/2017
13:31 MYT
Video eksklusif: Ri Jong Chol buat apa di Jabatan Imigresen sebelum diusir?
Jong Chol diiringi dua wakil Kedutaan Korea Utara termasuk Kaunselor kedutaan, Kim Yu-Song semasa berada dalam tahanan Imigresen. - Gambar Astro AWANI
Pakar kimia Korea Utara, Ri Jong Chol berada di ibu pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya kira-kira enam jam bermula 9.30 pagi sebelum diusir pulang ke negara asalnya.
Astro AWANI berjaya memperolehi video amatur yang dirakam semasa Jong Chol berada di ibu pejabat Jabatan Imigresen tersebut.
Jong Chol yang disiasat susulan pembunuhan abang tiri pemimpin tertinggi pentadbiran Komunis Pyongyang, Kim Jong Nam itu dipercayai melalui proses dokumentasi pengusiran pulang.
Jong Chol, 47 tahun, sebelum itu yang dilengkapi dengan baju kalis peluru tiba di kawasan Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia kira-kira 9.15 pagi dari IPD Sepang dengan kawalan ketat polis.
Dia diiringi dua wakil Kedutaan Korea Utara termasuk Kaunselor kedutaan, Kim Yu-Song semasa berada dalam tahanan Imigresen.
BACA: LAPOR LANGSUNG PENGUSIRAN RI JONG CHOL
Yu-Song dilihat memasuki bangunan itu sekitar pukul 10.15 pagi dan keluar dua jam kemudian tanpa memberikan sebarang komen ketika diasak dengan soalan berhubung pengusiran Jong Chol oleh media tempatan dan antarabangsa.
Topic Berkaitan
#Jabatan Imigresen Putrajaya
#kim jong nam
#Kim Yu-song
#Ri Jong Chol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan