awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video Intim: 17 laporan polis diterima, 21 kenyataan dirakam - Timbalan KPN

Fareez Azman
Fareez Azman
17/06/2019
08:56 MYT
Video Intim: 17 laporan polis diterima, 21 kenyataan dirakam - Timbalan KPN
Mazlan berkata, polis akan memanggil Azmin Ali dalam masa terdekat untuk direkod keterangannya. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Sebanyak 17 laporan telah diterima oleh pihak polis setakat ini sementara 21 kenyataan pula telah dirakam dalam siasatan berhubung video intim yang tular sejak minggu lalu.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Isnin.
“Itu dalam tindakan kita dalam siasatan, saya tidak mahu huraikan lebih lanjut. Sebanyak 17 Laporan polis (dibuat) tetapi mendorong kepada satu kertas siasatan sahaja yang kita buat. Jenis kesalahan telah kita jelaskan. Bagi maksud siasatan, itu adalah rahsia,” kata Mazlan.
Polis juga, kata beliau, akan memanggil Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali dalam masa terdekat untuk direkod keterangannya.
“Kita tidak mahu hebahkan siasatan, beri kami ruang untuk menyiasat dahulu. Dalam tindakan polis dan dalam masa terdekat,” ujar Mazlan.
Mazlan sebelum itu menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis, Datuk Zakaria Ahmad serta penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#DIG
#Haziq Aziz
#jenayah
#kertas siasatan
#laporan polis
#Mazlan Mansor
#menteri
#polis
#siasatan
#Timbalan Ketua Polis Negara
#Tular
#video intim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan