awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video 'Jambatan Kedua P.Pinang retak' palsu, JKSB buat laporan polis

Bernama
Bernama
30/10/2023
08:35 MYT
Video 'Jambatan Kedua P.Pinang retak' palsu, JKSB buat laporan polis
Video yang memaparkan retakan pada struktur jambatan. Hasil semakan mendapati ia adalah video lama yang berlaku di luar negara sekitar 2014. -Gambar fail/Sinar Harian
BATU KAWAN: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) hari ini membuat laporan polis berhubung penularan video mendakwa sebahagian struktur Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) retak.
JKSB dalam kenyataan memaklumkan laporan dibuat di Balai Polis Batu Kawan bagi meminta siasatan dilakukan pihak polis terhadap pengguna aplikasi WhatsApp yang menularkan video terbabit.
"Catatan pada video itu dilihat palsu dan boleh menimbulkan kegusaran serta salah faham dalam kalangan orang awam.
"Sehubungan itu, JKSB meminta kerjasama semua pihak agar tidak menularkan video berkenaan memandangkan ia adalah maklumat palsu," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, video berdurasi 28 saat tular di media sosial yang dirakam seorang individu mendakwa struktur JSAHMS retak dan meminta pengguna jambatan itu supaya berhati-hati.
Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan JKSB berikutan struktur JSAHMS dengan jambatan dalam video berkenaan tidak sama.
Hasil semakan turut mendapati ia adalah video lama yang berlaku di luar negara sekitar 2014.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
#jambatan kedua retak
#video palsu
#video lama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan