awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video kanak-kanak diculik viral di media sosial

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
09/10/2015
06:31 MYT
Video kanak-kanak diculik viral di media sosial
Sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang kanak-kanak berusia enam tahun diculik, tersebar luas di laman media sosial hari ini. -Gambar hiasan
Sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun diculik, tersebar luas di media sosial hari ini.
Video berdurasi 20 saat itu menunjukkan dua lelaki memakai kemeja hitam bercakap dengan ibu kanak-kanak tersebut dipercayai untuk bertanyakan jalan sebelum salah seorang daripada mereka tiba-tiba mengangkat kanak-kanak itu dan dengan pantas meninggalkan tempat kejadian dengan kereta.
Ibu kanak-kanak itu sempat mengejar kedua-dua lelaki tersebut ke kereta sebelum dilihat terjatuh.
Beliau kemudian memuat naik gambar anaknya ke akaun Facebooknya, atas nama Cammi Lim Ker Shing, dan meminta bantuan orang ramai untuk mencari anaknya.
s
s
Menurutnya, kejadian berlaku di sebuah tadika di Sungai Chua, Kajang dan anaknya dilarikan di dalam kereta jenis Proton Saga berwarna hitam.
Video serta gambar kanak-kanak yang diculik itu kini dikongsi meluas di Facebook, Twitter dan WhatsApp.
Video:kidnapped boy at Sg.Chua Kajang,2 men in black,Proton Saga WST2936 @PDRMsia @KBAB51 @501Awani @rizalzulkapli pic.twitter.com/V4L3XUP6qG
— Adrian Ng (@AdrianNCF) October 9, 2015
Astro AWANI telah cuba menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk mendapatkan pengesahan berhubung insiden ini namun masih tidak berjaya setakat ini.
Topic Berkaitan
#CCTV
#diculik
#Kajang
#Kanak-kanak
#wst2936
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan