Video seorang gelandangan yang sering merayau di sekitar bandar Ipoh menjadi viral serta mendapat reaksi netizen di seluruh Malaysia.
Klip berdurasi 12 saat diambil dari sudut belakang dan menampakkan individu itu seolah-olah tidak berkepala.
Ada yang tidak mempercayai kesahihan video itu dan mengatakan ianya telah disunting sekadar untuk menakutkan orang ramai.
Justeru, wartawan Astro Awani cuba mengesan lelaki tersebut dan berjaya menemui beliau sedang duduk di pekarangan bangunan Seri Kinta di sini pada petang Rabu.
K. Vellu, 45 ketika ditemui oleh Astro Awani berkata perkara tersebut terjadi kepada beliau sejak tiga tahun lalu sewaktu beliau bertugas sebagai penjaga keselamatan.
“Dah ramai orang yang terkejut ... ada kereta yang sampai menekan brek apabila mereka nampak saya terutamanya pada waktu malam.
“Siap ambil gambar, ambil video ...dan saya sedar saya sangat dikenali di Internet sebab ramai yang datang berjumpa dan bertanyakan kenapa saya jadi macam ini,” katanya.
Beliau juga sudah biasa dengan sikap sesetengah pengguna lalu lintas yang kadangkala mentertawakan dan mengejek keadaan fizikalnya.
Vellu berkata beliau sudah serik untuk mendapatkan rawatan bagi memperbetulkan struktur lehernya kerana pihak perubatan turut gagal untuk mengenalpasti punca sebenar keadaannya.
Lebih menarik, Vellu berkata terdapat beberapa senario di mana orang ramai menjerit ketakutan dan memekik sewaktu ternampak beliau di tempat tidurnya pada waktu malam di Hospital Raja Permaisuri Bainun ( HRPB), di sini.
Berasal dari Bidor, Perak, Vellu yakin bahawa struktur lehernya yang agak bengkok dan seolah-olah “jatuh” itu adalah hasil buatan orang.
“Ini kena buat oranglah, doktor pun cuba rawat tetapi tak tahu saya sakit apa, kulit semua mengelupas dan bernanah dan leher saya pun tak boleh nak luruskan.
“Saya sudah berputus asa dan kalau boleh berhentilah ambil gambar saya, bukan boleh tolong atau buat apa pun,” tambahnya.
Vellu merupakan seorang bujang dan memiliki sebuah rumah selalu berada di sekitar bandar itu dan seringkali mengejutkan ramai pengguna lalu lintas setiap kali dia merayau-rayau di kawasan itu.
Nazialita Geynna Maharan
Wed Apr 20 2016
Vellu yang berasal dari Bidor berkata beliau yakin bahawa struktur lehernya yang agak bengkok dan seolah-olah 'jatuh' itu adalah hasil buatan orang. - Gambar Astro AWANI/Nazialita Geynna Maharan
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Video lelaki 'tidak berkepala' viral di laman sosial
Seorang gelandangan yang sering merayau di sekitar bandar Ipoh menjadi viral selepas videonya dimuat naik ke Internet dan mendapat reaksi netizen di seluruh Malaysia.