awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penguatkuasaan kebajikan haiwan berterusan, DVS selesai lebih 16,000 aduan
KRW FC perlu kekal momentum menang untuk tarik semula penyokong
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video memualkan tikus 'nikmati' hidangan ayam goreng, KKM minta maklumat

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
23/12/2022
09:30 MYT
Video memualkan tikus 'nikmati' hidangan ayam goreng, KKM minta maklumat
Berdasarkan ciapannya, kejadian didakwa berlaku di sebuah restoran mamak. - Gambar Twitter
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta mereka orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan video tular menunjukkan seekor tikus sedang 'menikmati' ayam goreng di sebuah kedai makan.
Video berdurasi 17 saat itu dimuat naik seorang pengguna Twitter dengan nama @zoeyhanafiah, memaparkan situasi memualkan seekor tikus yang berada dalam bekas kaca yang mengandungi ayam goreng.
Pemilik video itu bagaimanapun tidak menyertakan maklumat lokasi di mana video itu diambil, namun berdasarkan ciapannya, ia didakwa berlaku di sebuah restoran mamak.
"Mohon bantu kami berikan maklumat. Kami akan ambil tindakan selanjutnya dengan kadar SEGERA," Kata KKM dalam retweetnya.
Mohon bantu kami berikan maklumat. Kami akan ambil tindakan selanjutnya dengan kadar SEGERA. https://t.co/nBfFevouk8
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) December 23, 2022
Di ruangan komen, netizen turut berkongsi pengalaman berhadapan dengan situasi hampir sama di beberapa lokasi lain, dan meminta agar pihak bertanggungjawab mengambil tindakan tegas.
Setakat ini, video itu sudah menerima lebih satu juta tontonan dengan lebih 7,000 retweet dan lebih 9,000 likes.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#tikus menikmati ayam goreng
#Twitter
#bekas kaca mengandungi ayam goreng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan