awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular isu bacaan doa: JAWI jalankan siasatan lanjut

Bernama
Bernama
23/08/2023
12:52 MYT
Video tular isu bacaan doa: JAWI jalankan siasatan lanjut
JAWI akan menjalankan siasatan lanjut berhubung video tular memaparkan seorang lelaki disyaki beragama Islam yang mengimami bacaan doa di sebuah majlis disertai upacara keagamaan lain. - Foto Sinar Harian/media sosial
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menjalankan siasatan lanjut berhubung video tular memaparkan seorang lelaki disyaki beragama Islam yang mengimami bacaan doa di sebuah majlis disertai upacara keagamaan lain.
JAWI dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan itu dilakukan bagi memastikan amalan tersebut tidak mengandungi unsur menyalahi pandangan hukum atau fatwa yang sedang berkuat kuasa.
"Sebarang kesalahan yang berhubung akidah boleh dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman di bawah Akta 599, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997," menurut kenyataan itu.
Insiden yang dikongsi melalui video berdurasi kira-kira 57 minit itu dikatakan berlaku ketika majlis pecah tanah bangunan baharu sebuah parti politik di ibu negara dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Menurut JAWI, keharmonian dan toleransi antara agama adalah perkara yang disarankan oleh ajaran Islam namun semua pihak dinasihat agar sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa agama bagi memastikan tindakan dilaksana mengikut lunas hukum syarak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu bacaan doa
#upacara keagamaan lain
#JAWI
#video tular
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan