awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular libatkan Ketua Polis Johor dipalsukan guna teknologi AI

Bernama
Bernama
14/06/2025
15:21 MYT
Video tular libatkan Ketua Polis Johor dipalsukan guna teknologi AI
Kumar memaklumkan bahawa video itu adalah tidak benar dan telah dimanipulasi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). - Bernama
Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar menafikan sebuah video tular di platform TikTok yang memaparkan individu didakwa menyerupai beliau menerima bantuan daripada 'Datok Abdul Malik'.
Kumar dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa video itu adalah tidak benar dan telah dimanipulasi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
"Video tersebut, yang dikaitkan dengan penerimaan bantuan daripada individu bernama Datok Abdul Malik dan kononnya telah dimasukkan ke dalam bank, adalah palsu dan tidak berasas," katanya.
Sehubungan itu, satu laporan telah dibuat oleh pegawai Unit Media Polis Johor bagi menafikan kesahihan video tersebut dan siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 419 dan Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurut Kumar, polis Johor memandang serius penyalahgunaan teknologi seperti AI bagi tujuan penipuan dan fitnah yang boleh mencemarkan nama baik mana-mana pihak.
Orang ramai dinasihat supaya tidak menyebarkan semula video itu dan sentiasa membuat semakan kesahihan maklumat sebelum mempercayai atau berkongsi kandungan di media sosial manakala individu yang mempunyai maklumat berhubung penyebarannya diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#ketua polis johor
#M Kumar
#manipulasi
#AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan