awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thailand lancar serangan udara di sempadan Kemboja
[TERKINI] Terengganu kembali banjir, 369 mangsa di tiga daerah terjejas dipindahkan
Myanmar hapus perintah berkurung di Yangon menjelang pilihan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular: Penganut Hindu sambut Deepavali di Batu Caves? Ini cerita sebenar

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
15/11/2020
02:49 MYT
Video tular: Penganut Hindu sambut Deepavali di Batu Caves? Ini cerita sebenar
Semakan Astro AWANI mendapati video yang ditularkan itu adalah palsu dan ia tidak berlaku ketika sambutan Deepavali kali ini - Gambar Youtube We Love Batu Caves
KETIKA mana sambutan Deepavali diraikan dalam suasana norma baharu, sebuah rakaman video yang memaparkan kononnya ribuan penganut agama Hindu berkumpul di Batu Caves, tular di laman sosial sejak semalam.
Berdasarkan rakaman video tersebut, warganet mendakwa penganut Hindu berhimpun beramai-ramai pada Sabtu (semalam) sehingga menimbulkan kebimbangan akan berlaku Kluster Deepavali.
Namun, semakan Astro AWANI mendapati video yang ditularkan itu bukan berlaku ketika sambutan Deepavali tahun ini.
Sebaliknya, ia berlangsung pada September lalu iaitu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Berdasarkan kenyataan di laman Youtube We Love Batu Caves, acara berlangsung pada 19 September lalu pada majlis Pelancaran Patung Garuda di Batu Caves.
Majlis tersebut dilancarkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.
Terdahulu, kerajaan melaksanakan PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Selangor pada 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020 sebelum dilanjutkan sehingga 9 November.
Dalam usaha untuk mengawal penularan COVID-19, kerajaan kemudian memperluaskan pelaksanaan PKPB ke tujuh lagi negeri kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan bermula 9 November hingga 6 Disember.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sambutan Deepavali dibenarkan di kuil dengan kapasiti 30 pengunjung pada satu-satu masa, dan ia membabitkan lima sesi bermula 7 pagi hingga 12 tengah hari.
Sementara, bagi sambutan di rumah pula, Ismail berkata ia dibenarkan dengan prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal, di mana hanya tetamu 20 sahaja di kawasan PKPB.
Berikut video acara tersebut:
Topic Berkaitan
#PKPB
#Saravanan
#YouTube
#Deepavali
#Perlis
#Putrajaya
#Pahang
#video tular
#Kluster Deepavali
#berita palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan