awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular: Polis siasat kes sekumpulan lelaki amuk melibas kayu, parang

Petrus Bernard
Petrus Bernard
21/03/2022
04:10 MYT
Video tular: Polis siasat kes sekumpulan lelaki amuk melibas kayu, parang
Kejadian itu berlaku di kawasan petempatan atas air di Batu 4 Jalan Apas, iaitu berhampiran lokasi kejadian kebakaran yang memusnahkan hampir 700 buah rumah, pada Jumaat lalu. - Media sosial
TAWAU: Satu klip video kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki menggunakan kayu dan parang tular di media sosial sejak malam tadi.
Rakaman video 28 saat itu memaparkan aksi ganas sekumpulan lelaki bergaduh dengan menetak serta melibas parang antara mereka.
Turut tular beberapa keping gambar menunjukkan individu cedera dan berlumuran darah dipercayai terbabit dengan pergaduhan berkenaan.
Kejadian itu berlaku di kawasan petempatan atas air di Batu 4 Jalan Apas, iaitu berhampiran lokasi kejadian kebakaran yang memusnahkan hampir 700 buah rumah, pada Jumaat lalu.
Belum dapat dipastikan punca kejadian berkenaan, namun ada beberapa pihak beranggapan bahawa ia ada kaitan dengan jambatan di kawasan berkenaan yang sedang dibaik pulih.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan masih dijalankan.
"Saya akan bagi laporan sidang media selepas siasatan awal selesai," katanya menerusi kiriman WhatsApp.
Topic Berkaitan
#amuk
#media sosial
#libas parang
#aksi bergaduh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan