TAIPING: Polis menahan enam suspek yang dipercayai terbabit dalam insiden pergaduhan pada Rabu, melibatkan sekumpulan lelaki di hadapan sebuah klinik kesihatan di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Razlam Ab Hamid, kesemua suspek yang berusia antara 19 dan 37 tahun itu ditahan semalam.
Katanya, pihak polis turut merampas sebatang rotan dan kayu yang disyaki digunakan di dalam pergaduhan tersebut.
Razlam berkata, hasil siasatan terhadap mangsa dan suspek mendapati, kejadian pergaduhan itu berlaku disebabkan oleh masalah keluarga.
"Polis Daerah Taiping mengesan satu video tular berkaitan pergaduhan yang dipercayai berlaku di hadapan klinik kesihatan di sini, pagi ini, di media sosial.
"Hasil semakan mendapati, kejadian tersebut berlaku pada 11 Jan lalu, melibatkan seorang mangsa lelaki berusia 48 tahun serta sekumpulan lelaki.
"Mangsa kemudiannya dirawat di Hospital Taiping.
"Berdasarkan maklumat dan risikan yang diterima, pihak polis di Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Taiping berjaya menahan seramai enam orang suspek yang terlibat, pada keesokan harinya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Razlam, hasil semakan mendapati, dua daripada suspek tersebut mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah.
Katanya, kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bagi melengkapkan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta menularkan video kejadian kerana ia masih dalam siasatan dan bagi mengelak daripada mendatangkan kebimbangan terhadap orang ramai.
Aida Aziz
Fri Jan 13 2023

Semakan polis mendapati, kejadian berlaku pada 11 Jan lalu, melibatkan seorang mangsa lelaki berusia 48 tahun serta sekumpulan lelaki. - Foto media sosial

PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok
PDRM menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok dengan nama @datukayub8 merupakan milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchy.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed dilantik Putera Mahkota Abu Dhabi
Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan turut umum pelantikan adiknya, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan sebagai Naib Presiden UAE.

Halang MB Kedah: 'Saya akan dapatkan situasi sebenar' - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu menyifatkan perkara sedemikian tidak wajar berlaku sekiranya betul.

FIFA gugurkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun
Pengumuman tuan rumah baharu akan dibuat tidak lama lagi dan hukuman buat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia juga akan ditentukan.

Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru
Beliau mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini namun disahkan negatif COVID-19.

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

Sabah tidak iktiraf tuntutan pihak mengaku waris kumpulan Sulu - Hajiji
Kerajaan negeri dan seluruh rakyat sama sekali tidak mengiktiraf sebarang tuntutan oleh pihak yang mengaku waris kumpulan Sulu ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

Ramadan: Segelintir individu ambil kesempatan mengemis, minta sedekah
Tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan mengemis dan meminta sedekah.

PDRM siasat video tular dua lelaki hina nabi - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima laporan berhubung video tular dalam media sosial berkaitan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

Klip video tular: Ketua Penerangan Pemuda UMNO Titiwangsa mohon maaf
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Sam Adnan membuat permohonan maaf berhubung video dakwaan cubaan curi kertas undi ketika proses pengiraan bagi pemilihan jawatankuasa sayap pada Ahad.

Polis siasat kes gaduh di tengah jalan
Semakan juga mendapati individu yang terlibat telah membuat laporan kemalangan di Balai Polis Trafik IPD Klang Selatan.

Video penceramah agama hina polis adalah video lama - PDRM
Semakan mendapati penceramah terbabit telah dituduh di mahkamah Pulau Pinang pada 26 Ogos 2016.

'Saya sudah 6 bulan tidak tinggal bersama isteri' - Musa Hassan
Musa menjelaskan, masalah rumah tangga yang dihadapinya itu bukanlah baharu sahaja berlaku tetapi ia sudah berlarutan hampir tiga tahun.

Isu pakaian di HTAA: Salah faham antara pengawal keselamatan, pelawat
Insiden ketika waktu melawat itu berkemungkinan akibat salah faham mengenai definisi berpakaian untuk masuk ke hospital oleh pengawal keselamatan.

Polis sahkan buka kertas siasatan kes Musa Hassan, isteri - Ketua Polis KL
Polis mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung satu kejadian membabitkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan isterinya, yang rakaman video berkenaan tular di media sosial.

Kenderaan SUV rempuh kafe ketika sesi podcast berlangsung
Dalam rakaman video itu, Reeves dan tamu jemputannya, Alexsey Reyes, dilihat teranjak dan terhimpit sedikit akibat impak rempuhan.

Musa Hassan kongsi enam tabiat yang tidak patut isteri amalkan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menerusi ciapan di Twitternya berkongsi enam tabiat yang tidak patut diamalkan oleh isteri.

Video tular kanak-kanak keluar kepala dari MPV: Polis minta perakam tampil bantu siasatan
Polis juga telah berjaya mengesan pemandu dan penumpang yang berada dalam kenderaan MPV seperti dalam video tular berkenaan.