Malaysia memperketat ujian saringan kesihatan di semua pintu masuk negara terutama di Johor susulan laporan dua kes baharu virus zika di Singapura.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata setakat ini tiada laporan berhubung jangkitan virus bawaan nyamuk itu membabitkan rakyat negara ini.
"Saya mahu pihak Jabatan Kesihatan negeri Johor lebih berhati-hati dan peka serta membuat pemantauan yang lebih ketat terutama di pintu masuk Malaysia-Singapuara, kena ambil tindakan ''health alert'', pengawasan kesihatan.
"Kita ada alat pengesan suhu badan yang boleh kesan mereka yang demam di pintu masuk negara di Johor dan kalau ada kes (zika) pegawai kesihatan perlu ambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Fakir Miskin Sempena Ramadan Dalam Parlimen Balik Pulau di sini, hari ini.
Pada majlis itu, seramai 850 orang menerima bantuan wang tunai, beras dan barang keperluan lain.
Semalam, Singapura mengesahkan dua kes baharu virus zika, menjadikan jumlah kes yang dilaporkan di negara itu kepada lapan.
Pada September tahun lepas seorang wanita dari Bandar Botanic, Klang, Selangor menjadi individu pertama di Malaysia dijangkiti virus zika selepas berkunjung ke Singapura selama tiga hari untuk melawat anaknya yang turut dijangkiti virus berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau menafikan Kementerian Kesihatan melarang penjual kurma menjual buah berkenaan dari satu jenama popular yang didakwa terdapat ulat seperti yang ditularkan di media sosial.
"Saya dapat aduan yang memaklumkan pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) memberitahu kepada penjual kurma supaya tidak menjual buah dari jenama popular itu kerana mempunyai ulat.
"Sebenarnya kementerian (kesihatan) tidak pernah mengeluarkan larangan berhubung perkara itu lagipun kami telah membuat pemeriksaan di gudang kurma milik syarikat tersebut dan tidak menemui ulat seperti tular sebelum ini.
"Jika ada pun mungkin ada pihak yang menyamar sebagai pegawai JKN atau syarikat pesaing menjual kurma.Tetapi kalau peniaga (kurma) didatangi pegawai JKN yang melarang mereka menjual buah itu, mereka boleh buat laporan kepada Kementerian Kesihatan," katanya.
Beliau berkata sebenarnya ulat itu juga tidak memudaratkan kesihatan ia sama seperti ulat yang terdapat di dalam buah-buahan seperti durian dan mangga.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2017
Singapura mengesahkan dua kes baharu virus zika, menjadikan jumlah kes yang dilaporkan di negara itu kepada lapan. -Gambar hiasan
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Dr Hilmi umum letak semua jawatan dalam UMNO dan BN
Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya meletak semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa hari ini selepas kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum
Isu Hospital Balik Pulau: 'Bakhtiar tak baca surat khabar, tak tengok TV' - Dr Hilmi
Calon PKR bagi Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik mengkritik Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya yang didakwa memungkiri janji PRU13.
PRU14: Projek tambak laut Pulau Pinang batal jika BN menang - Dr Hilmi
Kata calon BN Parlimen Balik Pulau, Datuk Dr Hilmi Yahaya, projek tebusguna tanah seluas 4,500 ekar yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri DAP akan mengganggu ekosistem kehidupan laut.
Kementerian Kesihatan cipta penawar Hepatitis C
Penawar itu mampu merawat 500,000 pesakit di negara ini dan dengan penemuan itu, orang ramai boleh mendapatkan rawatan pada kadar yang teramat murah iaitu RM1,200 berbanding negara lain RM320,000.
Empat institusi mental, 33 hospital kerajaan sedia perkhidmatan psikiatri
Kerajaan menyediakan fasiliti perkhidmatan psikiatri di empat institusi mental dan 33 hospital kerajaan di seluruh negara.
KKM akan kaji masukkan pneumokokal dalam program imunisasi
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, buat masa ini tiada keperluan mendesak untuk memasukkan vaksin berkenaan ke dalam NIP.
GST bukan punca kemurungan 300,000 rakyat Malaysia
Statistik menunjukkan 1.8 peratus daripada anggaran 30 juta rakyat Malaysia pada ketika ini mengalami masalah kemurungan.
Lesen doktor tawar suntikan Vitamin C boleh dibatalkan
Mereka yang mendapatkan suntikan Vitamin C tidak berdafatar terdedah kepada risiko kemudaratan kepada wajah dan tubuh.
Kementerian Kesihatan pertimbang wujud pusat rawatan jantung Pantai Timur
Kementerian meneliti perkara itu dan akan melaksanakannya secepat mungkin agar dapat memberi kemudahan kepada pesakit dari Zon Timur supaya mereka tidak perlu ke IJN untuk mendapatkan rawatan.
Populasi warga tua dijangka meningkat kepada 5.6 juta menjelang 2030
Jumlah penduduk warga tua di Malaysia dijangka meningkat 15 peratus kepada 5.6 juta orang menjelang 2030, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.