awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Visa haji: Malaysia sokong langkah tegas, hukuman berat Arab Saudi

Bernama
Bernama
27/08/2024
14:56 MYT
Visa haji: Malaysia sokong langkah tegas, hukuman berat Arab Saudi
Datuk Mohd Na'im Mokhtar (kanan) ketika mengadakan sidang media bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah (kiri) hari ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia menyokong langkah tegas dan hukuman berat yang dikenakan kerajaan Arab Saudi ke atas mereka yang melanggar peraturan dan arahan berkaitan isu visa haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata langkah-langkah itu bertujuan memastikan keselamatan jemaah menunaikan haji dalam persekitaran yang selamat dan aman.
"Saya sekali lagi menekankan komitmen kami dalam mendidik bakal jemaah haji agar sentiasa mematuhi dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Saudi," katanya pada sidang media bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah di sini, hari ini.
Sidang media itu diadakan sempena lawatan rasmi Dr Tawfiq ke Malaysia bermula Isnin hingga Rabu (26-28 Ogos), bertujuan mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Arab Saudi dan Malaysia.
Susulan itu, Mohd Na'im menzahirkan harapan untuk meneruskan kerjasama saling menguntungkan dengan kerajaan Arab Saudi, khususnya dalam bidang berkaitan meningkatkan pengalaman haji dan umrah.
"Perbincangan berjalan dengan baik mengenai kolaborasi pada masa depan antara kedua-dua negara dan saya harap akan memberikan lebih banyak kemudahan dan keselesaan bagi jemaah kita dalam perjalanan menunaikan haji dan umrah mereka," katanya.
Sementara itu, Dr Tawfiq berkata kerajaan Arab Saudi sedang giat memerangi skim promosi haji haram dengan kerjasama kerajaan Malaysia.
Beliau menekankan kepentingan menggunakan platform rasmi Malaysia dan Arab Saudi sahaja untuk perancangan haji dan umrah bagi memastikan pengalaman haji yang selamat.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas pengendalian rapi urusan jemaah haji dan skim latihan yang baik untuk jemaah haji.
"Komitmen anda untuk memastikan ziarah yang lancar dan bermakna untuk warga anda sejajar dengan dedikasi kami untuk memberikan pengalaman terbaik kepada semua pengunjung ke tanah suci," katanya.
Selain itu, Dr Tawfiq berkata kedua-dua negara telah menubuhkan pasukan petugas bersama dengan dua objektif utama iaitu untuk melihat kemungkinan meluaskan Inisiatif Jalan Makkah kepada jemaah umrah Malaysia dan untuk mengkaji potensi mengaplikasikan model perniagaan Tabung Haji bagi pengurusan haji di negara lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#visa haji
#hukuman berat
#Malaysia
#Arab Saudi
#keselamatan jemaah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan