Masa begitu cepat berubah. Sepuluh tahun dahulu penggunaan sebuah pengecas turbo tidaklah begitu luar biasa, namun tidak juga suatu kelaziman. Lima tahun kemudian, turbo berkembar pula menjadi fesyen terkini. Dan tiga tahun selepas itu, penggunaan super charger dan turbo charger secara serentak pula menjadi standard baharu. Sekarang, nampaknya Volvo membuat satu kejutan dengan enjin konsep mereka yang dipasang dengan 3 peringkat ‘boost’ pada unit 2.0 liter yang menghasilkan lebih daripada 450hp!
Enjin ini adalah berdasarkan teknologi Drive-E mereka yang baharu sahaja dikeluarkan tahun 2013. Perkembangan ini dihasilkan dengan sepasang pengecas turbo yang dipasang secara selari, di mana ia sendiri mendapat bekalan udaranya daripada sebuah pemampat turbo berkuasa elektrik. Dalam erti kata lain, ia bagaikan konfigurasi skroll berkembar (ataupun penggunaan dua turbo), bezanya cuma sebuah turbo menyalurkan udara mampat yang bercas kepada dua turbin turbo yang lain.
Yang memberikan sistem ini prestasi yang begitu tinggi juga datang daripada sumbangan pam bahan api berkembar dengan tekanan 250 bar. Dengan jumlah ketumpatan udara yang terhasil, proses boost tiga kali ini serta sistem bahan api unik, tindak balas turbo yang pantas dapat diberikan.
Enjin konsep ini dibangunkan dengan kerjasama pembekal-pembekal dan rakan Volvo yang relevan seperti AVL, Denso dan Volvo Polestar Racing sejak dari peringkat awal lagi. Ini untuk memastikan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi daripada litar perlumbaan dapat diterapkan ke dalam proses pembangunan.
Dan nampaknya penambahbaikkan teknologi enjin Drive-E ini tidak akan berhenti di sini. Mengikut kata Dr. Peter Mertens, naib presiden kanan R&D Volvo berkata”Enjin konsep berprestasi tinggi Drive-E 450hp ini menunjukkan kemampuan sistem dorongan Drive-E.”
Beliau menambah bahawa enjin yang kecil dapat mengurangkan berat dan ruang yang diambil. “Ruang ini pula dapat digunakan untuk sistem elektrik yang seterusnya dapat mengurangkan lagi faktor pencemaran”, kata Dr Mertens lagi.
Nota: Enjin 4-silinder - di dalam pengeluaran - dengan output yang paling tinggi setakat ini menghasilkan 360hp. Ia dipasang pada Mercedes A 45 AMG yang dijual Mercedes-Benz Malaysia pada harga hampir RM350,000.
Astro Publication
Fri Oct 10 2014
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Volvo pengeluar terbaharu sertai WTCC; kembali ke pentas dunia!
Kereta asas yang digunakan adalah S60, sekarang dengan enjin Drive-E 4-silinder dengan output sehingga 400hp
NAIAS: Volvo S60 Cross Country
Sedan yang ditinggikan dan tayar lebih besar dari biasanya. Macam biasa ditengok di jalanraya Malaysia, kan?
Volvo bawa Drive-E ke enjin 3-silinder
Enjin sudah ke peringkat prototaip dan akan digunakan pada kereta menggunakan platform CMA. Output sehingga 180hp
Volvo sudah gila kuasa (kuda)
Enjin konsep Drive-E terbaru mereka menghasilkan lebih daripada 450hp – hanya daripada empat silinder!