KUCHING: Pelaksanaan variasi harga (VOP) 2.0 menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 mampu melonjakkan kembali sektor pembinaan di negeri ini, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau, yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya dan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), dalam kenyataan hari ini berkata inisiatif itu turut membantu kontraktor berdepan kenaikan harga bahan binaan dan mengelakkan kontraktor kecil gulung tikar.
"Seterusnya pelaksanaan VOP 2.0 di Sarawak dengan tanggungan kos RM700 juta oleh kerajaan negeri ini juga, akan membantu memastikan projek kerajaan tidak terjejas serta dapat disiapkan mengikut jadual.
"COVID-19 telah menyebabkan kenaikan harga bahan binaan di peringkat global, yang antara lain telah menjejaskan aktiviti pemprosesan sehingga menyebabkan kos bahan mentah meningkat," menurut kenyataan itu.
Selain itu, beliau berkata faktor perubahan dasar di peringkat luar negara seperti China yang memutuskan untuk tidak mengeksport beberapa barangan, turut menyumbang kepada permasalahan tersebut.
VOP 2.0, yang melibatkan 25 bahan bahan binaan tambahan iaitu 15 bahan tambahan untuk kerja pembinaan dan 10 bahan tambahan untuk kerja kejuruteraan, bertujuan menampung kenaikan harga bahan binaan bagi projek kerajaan negeri.
Menurut Fadillah, isu kenaikan harga bahan adalah antara masalah utama yang disuarakan semasa pertemuannya dengan pemain sektor pembinaan, khususnya kontraktor, dan ia membebankan mereka sehingga menjejaskan pelaksanaan projek.
Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu itu berkata BKSS 9.0 membuktikan kerajaan pimpinan GPS sentiasa mendengar keluh-kesah rakyat yang berdepan kenaikan kos sara hidup dan tekanan inflasi.
Terdahulu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan pelaksanaan BKSS 9.0 meliputi lima langkah untuk enam bulan terakhir tahun ini dengan peruntukan keseluruhan hampir RM1 bilion.
Langkah lain termasuk diskaun 25 peratus bagi kadar taksiran tahunan melebihi RM400 dan 30 peratus bagi kadar RM400 dari Julai hingga Disember ini.
Bantuan menerusi pakej BKSS sebelum ini seperti diskaun antara 10 dan 25 peratus untuk bil air; lima dan 25 peratus untuk bil elektrik dan 50 peratus diskaun sewa untuk gerai dikendalikan di bawah pihak berkuasa tempatan juga diteruskan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 29 2022

Pelaksanaan variasi harga (VOP) 2.0 menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 mampu melonjakkan kembali sektor pembinaan di negeri ini, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof. - Gambar fail/BERNAMA
Rakyat Maldives tunai tanggungjawab pilih Presiden
283,000 pengundi di Maldives pada Sabtu menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk memilih Presiden, lapor Agensi Berita Jerman. Pemilihan Presiden itu menyaksikan pertembungan antara calon pro-India dan pro-China.
Robert Kennedy Jr sertai Pemilihan Presiden AS 2024
Calon Presiden Amerika Syarikat, Robert F. Kennedy Jr akan mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas.
Suspek kedua tebang pokok ikonik Sycamore di UK ditahan
Seorang lagi ditahan kerana disyaki menebang pokok Sycamore Gap berusia 300 tahun di utara England.
"Saya ada rasa tak sedap hati..." - Rakan mangsa
Perasaan tidak sedap hati seorang wanita berakhir dengan perkhabaran sahabat baiknya maut ditikam suami di rumahnya di Jalan Padang Nyu, Arau pada Sabtu.
Sultan Nazrin berkenan sempurnakan perasmian
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan majlis perasmian Perak Agrofest 2023 di Sungai Siput, pada Sabtu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 September 2023.
Kerajaan Selangor tunggu kelulusan KM untuk roboh Stadium Shah Alam
Kerajaan Selangor sedang menunggu kelulusan kebenaran merancang (KM) untuk melaksanakan perobohan Stadium Shah Alam yang bakal diganti dengan Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA) baharu.
Tuntutan guru di Malaysia bukti lebih fokus kepada pengajaran
Guru-guru di Malaysia lebih fokus kepada tugas sebagai tenaga pengajaran jika dilihat dari tuntutan dan keluhan mereka yang inginkan agar tidak dibebankan dengan tugas lain di luar bidang pengajaran.
SOP penyelenggaraan kemudahan sukan ditingkatkan - Fadhlina
Prosedur operasi standard (SOP) penyelenggaraan terhadap kemudahan sukan di sekolah akan ditingkatkan bagi memastikan kawasan sekolah adalah sifar kemalangan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Mangsa banjir di Kedah menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah berkurangan kepada 419 orang daripada 141 keluarga setakat 10 malam.

VOP 2.0 lonjakkan sektor pembinaan Sarawak - Fadillah
Pelaksanaan variasi harga (VOP) 2.0 menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 mampu melonjakkan kembali sektor pembinaan di negeri ini, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.