awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

VoteMalaysia pergiat langkah, bantu pendaftaran pengundi pos di UK, Ireland

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
21/10/2022
00:15 MYT
VoteMalaysia pergiat langkah, bantu pendaftaran pengundi pos di UK, Ireland
VoteMalaysia sedang giat mengumpul dana bagi membolehkan kertas undi dikumpul terlebih dahulu di London sebelum dibawa pulang ke Malaysia.
BRIGHTON: VoteMalaysia terus memperhebatkan langkah bagi membantu rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi pos menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov depan.
Menurut Bendahari VoteMalaysia di United Kingdom dan Ireland, Nicole Siaw, usaha ini bagi membantu rakyat Malaysia, khususnya pelajar, yang masih belum mendaftar sebagai pengundi pos.
Bagi tujuan itu, pihaknya akan bergerak ke beberapa lokasi utama seperti di London, Liverpool, Cardiff, Leeds dan Ireland pada Jumaat.
Manakala pada Sabtu, pasukan ini akan bergerak ke beberapa lokasi lain melibatkan Glasgow, Sheffield dan Warwick.
‘’Kolaborasi bersama Undi18 dan Education Malaysia London ini digerakkan dengan kerjasama pelajar Malaysia di United Kingdom dan Ireland. Fokus kami untuk membantu mereka yang pertama kali mengundi.
‘’Memandangkan tarikh tutup bagi pendaftaran undi pos ialah Ahad depan, maka adalah penting untuk sama-sama menggerakkan usaha membolehkan tanggungjawab sebagai pengundi dijalankan,’’ katanya kepada Koresponden Astro AWANI di United Kingdom, pada Jumaat.
Pada masa sama, Nicole menambah, VoteMalaysia juga sedang giat mengumpul dana bagi membolehkan kertas undi dikumpul terlebih dahulu di London sebelum dibawa pulang ke Malaysia.
Ini bagi menjimatkan kos penghantaran semua kertas undi yang dikumpul.
“Sekiranya usaha begini tidak dijalankan, satu kertas undi pos yang perlu dihantar semula ke Malaysia akan memakan kos sekitar 30 Pound Sterling bersamaan RM159.40 hingga 60 Pound Sterling bersamaan RM318.80.
‘’Sekiranya dana yang dikumpul mencukupi, maka VoteMalaysia boleh menghantar individu bertanggungjawab membawa pulang kertas undi ini ke Malaysia bagi membolehkan ia sampai lebih awal atau tepat pada tarikh hari mengundi,’’ tambahnya.
Pada Khamis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu 19 Nov sebagai hari pengundian bagi PRU15.
Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 Nov 2022.
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#PRU15
#undi pos
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan