Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa wabak jangkitan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) membabitkan seorang lelaki yang baru pulang dari mengerjakan umrah diisytiharkan tamat.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana tiada kes baru jangkitan MERS-CoV dikesan dari seluruh negara, menjadikan kes kekal sebanyak satu sahaja dan juga tiada kejadian kluster jangkitan virus itu dilaporkan di kalangan kontak rapat jemaah itu.
Katanya kementerian menjalankan pemantauan tempoh jangkitan selama dua tempoh inkubasi penyakit berkenaan iaitu selama 28 hari dari hari pertama kes dikesan iaitu pada 24 Dis lepas dan berakhir Sabtu lepas.
"Secara kumulatif, seramai 75 kontak telah berjaya dikesan dan daripada jumlah tersebut, seramai 59 orang kontak rapat telah diletakkan di bawah pengawasan di rumah selama 14 hari bermula dari hari terakhir kontak bertemu dengan kes.
"Kesemua sampel yang diambil di kalangan kontak rapat kes telah diuji dan dilaporkan negatif jangkitan MERS-CoV," kata beliau dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Mangsa jangkitan MERS-CoV melibatkan seorang lelaki berusia 55 tahun dari Selangor dikesan positif MERS-CoV selepas pulang daripada mengerjakan umrah.
Mangsa dilaporkan mengalami gejala demam, batuk, lemah badan, lelah dan sakit kaki sejurus tiba di tanah air pada 23 Dis lepas.
Dr Noor Hisham berkata langkah-langkah kesiapsiagaan perlu dijalankan secara berterusan memandangkan Malaysia adalah berisiko mendapat jangkitan penyakit MERS-CoV terutama di kalangan mereka yang menunaikan umrah sepanjang tahun.
Menurut beliau, sebagai langkah waspada, agensi pelancongan khususnya yang menguruskan jemaah umrah dan haji diminta memperkukuhkan kesedaran di kalangan jemaah mengenai risiko jangkitan penyakit berkenaan.
"Masih belum wujud vaksin khusus untuk memberi perlindungan terhadap jangkitan penyakit MERS-CoV dan juga tiada ubat khusus untuk merawat penyakit ini.
"(Namun) para jemaah adalah amat digalakkan untuk mengambil vaksin influenza bermusim dan pneumococcal bagi membantu perangsang imuniti, khususnya melibatkan sistem pernafasan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2018
Noor Hisham berkata, masih belum wujud vaksin khusus untuk memberi perlindungan terhadap jangkitan penyakit MERS-CoV dan juga tiada ubat khusus untuk merawat penyakit ini. - Gambar fail
Perkembangan letupan Gunung Ruang, tindakan seterusnya?
Bersama ditalian, Susan Margaret, Ketua Biro Kompas TV Manado.
Pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah sebabkan kematian OKU
Lim Guan Yan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Pengarang, penerbit Astro AWANI syukur dipilih tunai haji tahun ini
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.
Microsoft umum pelaburan AI, awan bernilai USD2.2 bilion di Malaysia
Bersama ditalian, Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM, Prof. Dr Sufian Jusoh.
BPT SPRM berperanan kesan kelompongan, ketirisan dalam organisasi
Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM berperanan menjalankan siasatan bagi mengesan kelompongan dalam tatacara kerja dan mengurangkan ketirisan dalam organisasi.
Pelaburan Microsoft AS$2.2 bilion: Bukti keyakinan global kepada Malaysia - PM
Malaysia menyambut baik keputusan pelaburan dibuat Microsoft bernilai AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah ini adalah pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah 32 tahun bertapak di Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah ini adalah pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah 32 tahun bertapak di Malaysia.
Lelaki warga emas ditemui maut di kawasan kebun getah
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari daun palas Isnin lepas, ditemukan meninggal dunia di kawasan kebun getah di Kampung Guar Sanai, Beseri, Padang Besa, semalam.
AWANI Ringkas: Protest bertembung dengan kumpulan pro-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banyak usaha Kerajaan Perpaduan bantu masyarakat India - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata banyak usaha dilakukan Kerajaan Perpaduan untuk membantu masyarakat India.
Kemalangan dua treler di lebuh raya, semua lorong arah utara terhalang
Susulan kemalangan itu menyebabkan semua lorong arah utara terhalang dan trafik dilencongkan ke Plaza Tol Kuala Kangsar.
RM1.2 juta berjaya dikumpul dalam tempoh 29 jam biaya kos perubatan bayi pramatang M'sia
Kutipan derma itu, yang diumumkan 28 Feb dalam portal NGO tersebut, berakhir pada kira-kira 5.45 petang semalam selepas mencapai matlamatnya.
'PKPB, PKPP sama sahaja', pakar gesa penilaian semula SOP
Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohd selepas mendapati SOP di kawasan PKPB dan PKPP seperti tidak ada beza.
Perlu 28 hari tanpa kes baharu untuk isytihar bebas COVID-19 - Dr Noor Hisham
Negara hanya boleh diisytiharkan bebas daripada jangkitan COVID-19 sekiranya merekodkan sifar kes baharu untuk tempoh 28 hari iaitu dua kitaran inkubasi.
COVID-19: Thailand lancar aplikasi kesan mereka yang jalani kuarantin sendiri
Aplikasi itu adalah bagi memastikan rakyat Thailand serta pelancong yang dibenarkan keluar dari Zon Penyakit Berjangkit COVID-19 berada di dalam rumah selama 14 hari semasa tempoh inkubasi.
Wabak jangkitan MERS-CoV di Malaysia diisytiharkan tamat - KP Kesihatan
Tiada kes baru jangkitan MERS-CoV dikesan, menjadikan kes kekal sebanyak satu sahaja dan juga tiada kejadian kluster jangkitan virus itu dilaporkan di kalangan kontak rapat jemaah itu.