Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Parlimen dari PAS yang berhasrat meninggalkan parti bagi menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi terlebih
dahulu, kata Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman.
Beliau berkata ini kerana kerusi berkenaan ditandingi dan dimenangi atas tiket PAS.
"Mengapa terlalu lama untuk isytiharkan diri keluar dari PAS? Kenapa perlu berselindung?" katanya dalam kenyataan mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang menyebut tiga wakil rakyat Selangor dikatakan menjadi sebahagian daripada GHB.
ADUN Morib, Hasnul Baharuddin; ADUN Hulu Klang, Saari Sungib; dan Anggota Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, dilapor berkata mereka adalah sebahagian dari GHB yang diuar-uar akan menggantikan PAS dalam Pakatan Pembangkang.
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu minggu lepas mengumumkan penubuhan GHB yang terdiri daripada pemimpin kanan PAS yang gagal dalam pemilihan parti bulan lepas.
GHB yang telah mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti politik, dilihat sebagai pengganti PAS dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat selepas DAP dan PAS memutuskan hubungan. Rakan kongsi ketiga dalam Pakatan Rakyat ialah PKR.
Mohd Khairuddin yang juga ADUN Paya Jaras berkata PAS Selangor menyerahkan sepenuhnya kepada PAS pusat berhubung tindakan yang bakal diambil terhadap wakil rakyat parti itu yang berpaling tadah.
Bernama
Fri Jul 24 2015
Adun dan ahli Parlimen PAS perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi terlebih dahulu, jika ingin menyertai Gerakan Harapan Baru.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Khairuddin ditamatkan jawatan KP J-KOM selepas 6 bulan
Namun, Mohd Khairuddin tidak mengulas lanjut mengenai sebab penamatan ataupun tarikh rasmi penamatan jawatannya.
Selangor catat 2.6 peratus kadar pengangguran suku tahun pertama 2023
Mohd Khairuddin berkata penurunan itu melambangkan keadaan ekonomi negeri yang bertambah baik.
Selangor wajib anak yatim di rumah perlindungan timba kemahiran di STDC
Kerajaan Selangor merancang untuk menghantar anak-anak di rumah perlindungan anak yatim di negeri ini ke Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) apabila mereka mencapai usia 18 tahun.
Selangor beri RM10,000 masing-masing kepada 4 atlet negeri ke Sukan Olimpik Tokyo - Exco
Kerajaan negeri Selangor akan memberi sumbangan wang tunai RM10,000 masing-masing kepada empat atlet negeri itu yang akan bersaing pada temasya Sukan Olimpik Tokyo, bermula 23 Julai ini.
Selangor tangguh penganjuran 'Mega Job Fair 2020' hujung minggu ini
Penangguhan berkenaan susulan peningkatan kes kumulatif COVID-19 di Selangor kepada 2,007 kes tempatan termasuk 13 kes baharu.
SXVE20 tawar hadiah sehingga RM250,000
Sebanyak RM250 ribu hadiah wang terkumpul untuk dimenangi peserta Kejohanan Selangor Xtiv Virtual E-sports 2020 yang bermula hari ini hingga Disember tahun ini.
Tindakan Mohd Khairuddin keluar Pas sudah dijangka
Sallehen berkata tindakan Mohd Khairuddin sudah dapat dibaca oleh barisan kepimpinan parti berikutan tindakannya yang tidak hadir dalam banyak program anjuran parti berkenaan.
Adun Pas di Selangor bakal sertai PKR
Selain Mohd Khairuddin, sekurang-kurangnya empat wakil rakyat PAS yang lain juga dijangka akan menyertai PKR.
Berpakaian seperti dewa cina: Tiada niat persenda Islam - ADUN Paya Jaras
Beliau berkata, kehadirannya pada program kemasyarakatan Cina itu hanya semata-mata atas kapasitinya sebagai ADUN dan bukan berniat untuk menyertai sebarang aktiviti keagamaan.
Wakil rakyat PAS yang lompat parti perlu kosongkan kerusi - PAS Selangor
Adun dan ahli Parlimen PAS perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi terlebih dahulu, jika ingin menyertai Gerakan Harapan Baru, kata Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman.